Tuesday, April 30, 2013

Munafik


Munafik dikategorikan sebagai orang yang berpura-pura melahirkan keimanan terhadap Allah sedangkan hatinya tetap kufur.Munafik juga merujuk kepada orang yang berbuat atau bersifat nifaq.Menurut Al-quran orang munafik mengaku beriman, mengakui adanya Allah dan menerima bahawa Nabi Muhammad itu utusanNya.Namun hatinya tidak ikhlas timbul keragu-raguan dan lebih keras lagi diam-diam ia menolak pengakuan itu.Beza antara orang munafik dan kafir adalah golongan kafir jelas-jelas menolak Islam.Tetapi orang munafik secara lisannya menerima Islam dan menyatakan beriman, tetapi di hati ingkar dan menolak ajaran Rasullulah.

Sewaktu islam mula berkembang di Madinah terdapat banyak orang munafik di sana dan di bahagikan kepada dua golongan iaitu munafik Yahudi dan munafik Arab.Golongan munafik dari kelompok Yahudi merasa diri mereka lebih hebat dibandingkan yang lain.Kehidupannya lebih makmur sehingga merasa darjat mereka lebih tinggi dan lebih pintar daripada orang-orang penduduk asli Arab. Golongan munafik lainnya berasal dari kelompok Arab Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda iaitu terdapat tiga tanda-tanda orang munafik iaitu apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan dia khianati.Selain itu apabila seseorang itu membiarkan hatinya dikuasai oleh sifat bakhil maka bererti orang itu sudah terjebak dalam kemunafikan.Orang munafik rakus dan tamak dalam menumpukan kakayaan.Mereka sanggup membanting tulang tanpa mengira waktu.Seandanya mereka mampu maka seluruh yang ada di muka bumi inipun ingin mereka miliki.Akibatnya waktu ibadah utuk mengingati Allah semakin lama semakin diabaikan.

Orang yang bersifat bakhil selalu merasakan bahawa harta benda yang ada pada mereka adalah hak mutlak mereka.Sehingga menganggap kekayaan itu kerana penat lelah mereka bekerja.Ia lupa bahawa harta kekayaan itu amanat dari Allah.Sekali Allah mengkehendakinya lenyap maka sekejap saja ia akan kehilangan harta benda yang dimilikinya.

Seterusnya berhati dengki,di dalam dada orang munafik tersimpan kebusukan.Ia sangat senang melihat orang lain menderita,tetapi benci apabila melihat orang lain mendapat kebahagiaan.Seorang yang berhati dengki selalu merasa tidak senang.Tiba-tiba ia menjadi benci dan gelisah ketika melihat orang lain bahagia.Sehinggakan mereka sanggup menebarkan fitnah agar orang lain pun ikut merasa benci.

Sebab-sebab timbulnya hasad dengki adalah kerana adanya rasa permusuhan dan kebencian.Jika ada orang yang menyakiti hatinya atau menyalahi tujuan dan kehendaknya maka dia akan membenci orang tersebut.Seterusnya timbullah rasa dendam yang mendorongnya untuk membalas dan berharap agar orang yang dibenci itu mendapat kecelakaan.Sebab dengki juga mungkin disebabkan kerana merasa diri lebih hebat berbanding orang lain.Orang yang demikian ini biasanya ingin selalu berada di depan dan dihormati oleh orang lain.Mereka selalu ingin menjadi orang yang paling menonjol dalam segala hal.Hatinya selalu berharap agar jangan ada orang yang dapat menandingi kedudukan dan kemampuannya.

Keburukan lain yang timbul dari sifat dengki ialah seseorang akan terdorong untuk melakukan kemaksiatan.Bentuk kemaksiatan yang dilakukan adalah seperti mengumpat, menghasut, dan memburuk-burukkan orang yang didengki.Orang yang mempunyai sifat dengki tidak akan diakui oleh Rasullulah sebagai golongannya.Maka mereka tidak akan mendapat pertolongan pada hari kiamat kelak.Walaupun seseorang itu mengumpulkan amal kebaikan segunung, tetapi dihatinya terlintas kedengkian maka amalan itu menjadi rosak dan tidak ada ertinya sama sekali.

Orang munafik sentiasa berasa berat untuk melakukan ibadah, kalau pun ibadahnya rajin maka hal itu dilakukan kerana keterpaksaan.Misalnya kerana takut diejek sesama muslim yang taat dan takut dianggap sebagai orang yang tak suka beribadah.Selain itu apabila ada majlis ilmu mereka merasa berat untuk menghadirkan diri. Kalaupun datang, itu pun kerana merasa segan kepada orang lain. Sesungguhnya hati orang yang demikian itu sudah dikuasai oleh nafsunya sehingga tidak ada motivasi sedikit pun dalam menjalankan amal ibadah.

Sifat-sifat buruk itu wujud kerana dipengaruhi oleh sifat-sifat yang hanya mementingkan kepentingan duniawi sahaja.Kesenangan duniawi yang berlebih-lebihan menyebabkan seseorang itu jadi malas beribadah. Ia tidak punya motivasi untuk akhirat, tidak punya dorongan untuk beramal ibadah.Bagi mereka pahala tidak penting.Hati mereka telah terikat kuat dalam urusan harta benda.Sehinggakan kadang-kadang timbul perasaan di hati mereka yang merasakan ibadah tidak mendatangkan keuntungan apa-apa.

Kecenderungan seorang munafik ialah dalam diam-diam ia membenci seorang muslim terutama muslim yang taat. Di belakang ia akan mencaci dan mengumpatnya. Walaupun secara lahiriah dirinya sendiri nampak seperti seorang muslim, tetapi muslim yang munafik. Seorang munafik tidak pernah menghiraukan bahawa sesama muslim tidak boleh menyakiti melalui cacian, tindakan, menyebarkan isu bohong mahupun dengan sikap penampilan. Bahkan sesama muslim juga dilarang tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari.Itulah orang munafik, ia suka mengoreksi orang lain, sedikit sahaja keburukan maka akan dibesarkan.Semua itu dilakukan kerana kecenderungan hatinya yang berkeinginan untuk diakui sebagai orang yang taat disanjung dan diagungkan oleh orang lain.

Berzikir ertinya mengingat.Zikrullah bererti mengingat Allah. Tidak ada batas waktu dan ruang untuk mengingati Allah. Seorang muslim yang beriman hatinya selalu terikat kepada Allah.Tetapi tidak demikian yang dirasakan orang munafik.Ia mengenal Allah tetapi hatinya tidak ada ikatan sedikit pun denganNya. Itulah sebabnya orang-orang munafik sangat malas untuk berzikir.Menurut Ali bin Abi Thalib, salah satu ciri muslim adalah banyak berzikir kepada Allah. Sedangkan ciri orang munafik adalah sedikit sekali ia berzikir kepada Allah. Orang munafik merasa tidak begitu memerlukan Allah sehingga ia enggan berzikir. Kerana itu dalam setiap langkah dan perbuatan sehari-hari selalu dilakukan berdasarkan hawa nafsu.Perbuatannya tidak terkawal karana hatinya tidak ingat Allah .Sehinggakan apa sahaja yang dilakukannya mudah sekali mengarah pada perbuatan dosa. Kerana tiada rasa takut kepada Allah atau kerana ia tidak ingat Allah maka perbuatannya dilakukan sesuka hati.

Mengabaikan solat merupakan salah satu daripada banyak ciri orang munafik.Mereka malas melakukan ibadah dan malas pula mengerjakan solat wajib, terutamanya sekiranya mereka duduk bersendirian.Tetapi sekiranya mereka duduk dengan orang yang tekun maka mereka pun mengerjakan ibadah untuk menunjukkan bahawa mereka seorang yang beriman.Seorang muslim juga berkemungkinan terjebak dalam kemunafikan sekiranya mereka mengaku beriman tetapi malas melakukan solat.

Terdapat juga orang yang mengaku muslim tetapi sama sekali benci kepada masjid atau ibadah. Ia sangat malas jika berjemaah di masjid. Paling tidak pun hanya seminggu sekali sahaja mereka menjejakkan kaki ke masjid itupun untuk solat jumaat. Sikap malas melakukan solat fardhu secara berjemaah juga boleh dianggap sebagai mengabaikan solat juga.Selain itu seorang muslim yang suka mengumpat dan memburuk-burukkan sesama muslim juga dianggap sebagai mengabaikan solat. Walaupun solatnya rajin nampak khusyuk namun kerana sikapnya itu maka rosaklah solatnya.

Jika seseorang melakukan solat secara tergesa-gesa maka ia juga boleh dianggap sebagai orang yang terjebak kemunafikan. Biasanya mereka melakukan solat supaya tidak dianggap sebagai orang yang ingkar. Seorang muslim yang melakukan solat dengan tergesa-gesa tanpa ada alas an apa pun, maka ia tidak akan mendapat kesan positif dari apa yang dikerjakan itu. Ertinya inti solat yang dikerjakannya sama sekali tidak menyentuh jiwanya.Solat yang tidak khusyuk dianggap sebagai amalan yang tidak serius. Jadi solat yang dilakukan tidak lebih dari sekadar gerak badan sahaja. Kerana itulah ramai orang yang melakukan solat tetapi hanya mendapat keletihan sahaja.

Orang yang mengutamakan kebaikan zahir dan berpenampilan istimewa iaitu berlagak seperti orang yang soleh seringkali mengabaikan kesucian batinnya .Penampilan yang dibuat-buat seolah-olah kearab-araban itu hanyalah sebagai alat agar orang menilai dirinya taat. Padahal sikap seperti itu tidak lebih daripada riyak untuk mempamerkan diri agar dipuji dan diagungkan oleh orang lain. Inilah sifat orang munafik antara lahir dan batinnya bertolak belakang. Lahiriah nampak indah sedangkan hatinya busuk. Bagi orang munafik penampilan zahir dianggap lebih utama. Tanpa menampakkan zahir yang bagus mereka merasa tidak diakui di tengah masyarakat. Namun penampilan lahiriah yang dipamerkan biasanya tidak sebatas dengan penampilan tingkah laku.

Orang-orang munafik juga mempunyai sifat enggan bertaubat. Mereka tidak begitu merisaukan dosa yang dibuat. Mereka menganggap dosa adalah urusan akhirat sedangkan yang harus diutamakan mereka adalah urusan duniawi. Ancaman Allah hanya akan dirasakan di akhirat kelak. Oleh itu yang penting bagi mereka sekarang adalah mendapat kesenangan dan kenikmatan. Bertaubat atau tidak bagi mereka sama saja. Hati mereka tidak pernah tertarik untuk mensucikan diri padahal nasihat dan ajakan bertaubat telah sampai ke telinga mereka.

Orang-orang munafik yang berbuat dosa juga mengucapkan istigfar. Tetapi ucapannya itu hanyalah topeng belaka kerana menganggap kalimat itu sering diucapkan orang yang taat. Meraka tidak memahami dan meresapi makna dari istigfar.Oleh sebab itu pintu taubat orang munafik tertutup bukan kerana Allah tidak Maha Rahman tetapi kerana perbuatan mereka sendiri. Hatinya dibiarkan pekat dan berkarat sehingga setiap kebenaran selalu tertolak. Sekiranya dosa masih tipis dan mereka mohon taubat daripada Allah dengan sepenuh hati maka maka pintu taubat masih terbuka baginya. Kerana sesungguhnya Allah itu maha pemurah dan penyayang.

Percaya terhadap kebenaran Al-Quran dan As-sunnah adalah wajib bagi setiap orang muslim. Keduanya merupakan ajaran tauhid. Meskipun seorang mengaku muslim dan menyatakan beriman kepada Allah tetapi jika di hatinya masih ada keraguan di atas kebenaran Al-Quran maka ia adalah petanda bahawa ia masih terjebak dalam sifat kemunafikan. Hanya orang-orang munafik sahaja yang meragukan kebenaran Al-Quran dan Sunah Rasul.Mereka menganggap ayat-ayat dalam Al-Quran menyulitkan dan melambatkan langkah dalam mencari kesenangan duniawi.

Ramai orang mengaku beriman kepada Allah, malaikat, hari akhirat, dan Rasulullah tetapi ia meremehkan Al-quran. Sikap meremehkan Al-Quran itu tidak hanya secara langsung tetapi juga melalui sikap. Contohnya ketika mendengar azan dikumandangkan ia tetap saja malas bangkit tetapi semakin rancak dengan percakapannya. Akhirnya solat yang dilakukan menjadi tergesa-gesa. Orang yang mengakui Al-Quran sebagai merupakan wahyu Allah tetapi ia suka makan riba atau tidak jujur dalam berdagang. Sikap yang demikian itulah dianggap sebagai meremehkan Al-Quran.

Orang-orang munafik menganggap ayat-ayat Al-Quran itu sekadar bacaan yang dilagukan. Mereka tidak tertarik dengan makna dan pesan yang terdapat dalam Al-Quran Begitulah ciri-ciri orang munafik . Di tengah-tengah orang beriman ia akan menampakkan ketaatannya. Ia baca Al-Quran dengan merdu sekali dan menawan sehingga orang awam akan memuji bahawa dia seorang ahli membaca Al-Quran. Tetapi di belakang mereka memperolok-olokkan Al-Quran. Hatinya ingkar dan tidak mengakui kebenaran Al-Quran

Di samping meremehkan Al-Quran orang munafik juga memperolokkan sunnah Rasullulah. Mereka merendahkan, memperlecehkan dan menghina setiap tindakan Rasullulah. Orang-orang munafik berpura-pura mengakui bahawa nabi Muhammad itu utusan Allah tetapi sebenarnya hati mereka menentang keras. Seperti yang dinampakkan oleh Abdullah bin Ubai dan pengikut-pengikutnya.

Sikap sombong tidak patut wujud dalam diri seorang muslim kerana hanya orang-orang munafik yang memiliki sikap tersebut. Seorang munafik merasakan bahawa ia boleh hidup sendirian tanpa bantuan orang lain. Kerana itu jika ia berada dalam kejayaan maka sombongnya sermakin menjadi-jadi. Namun jika ia berada dalam kesengsaraan maka mulutnya yang manis mula digunakan. Di hadapan orang ia berlagak seperti orang jujur dan dipercayai dan mampu melaksanakan amanat. SIkapnya yang nampak baik dan lisannya yang sedap didengar itu dimaksudkan agar orang lain percaya. Jika sudah dikasihani dan mendapat kepercayaan maka dalam waktu yang tidak lama tentu dia akan berkhianat.

Orang munafik juga memanfaatkan ibadah sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, misalnya pujian dan pengakuan dari orang lain. Amal ibadah yang dilakukan dikemas sebagus mungkin agar orang menganggapnya dermawan. Semua itu terdorong oleh nafsunya. Sesungguhnya keindahan ibadah yang nampak mempersonakan bertolak belakang dengan hatinya yang busuk. Suka mempamerkan amal perbuatan yang baik di sebut riyak.Perbuatan tersebut masuk dalam kriteria dosa besar kerana dianggap syirik kecil

Sesungguhnya riyak itu suatu penyakit yang bersarang dalam hati orang munafik. Penyakit itu akan menyuburkan hawa nafsu dan keinginan untuk dipuji orang. Keinginan untuk dipuji itu kemudian mempengaruhi perilaku lahiriah. Sehingga amal ibadah yang seharusnya hanya ditujukan kepada Alah kemudian bercampur dengan tujuan ingin diperhatikan orang lain. Niat beribadah sudah terpecah menjadi dua. Riyak yang paling berbahaya ialah iman iaitu seseorang berikrar dengan dua kalimah syahadat namun hatinya penuh kebohongan.

Satu daripada tiga ciri utama orang munafik ialah jika ia berjanji ia akan mungkiri. Padahal memungkiri janji ialah suatu dosa yang sangat besar. Janji merupakan suatu ketetapan yang di buat dan untuk dilaksanakan sendiri. Orang-orang yang berikrar masuk islam dan mengangkat dengan kalimah syahadat tetapi perilakunya tidak mencerminkan seorang muslim maka dialah orang yang mengingkari janji kepada Allah. Di samping mengingkari janji kepada Allah orang munafik suka sekali ingkar janji kepada sesama manusia. Kalau bicara ringan sekali tetapi pelaksanaannya berat dan tidak pernah ditunaikan.

Salah satu ciri orang munafik ialah jika berbicara banyak bohongnya.Kebohongan-kebohongan yang ditimbulkan oleh mulut si munafik seringkali menimbulkan fitnah. Akibatnya terjadilah keresahan di tengah-tengah masyarakat. Lebih parah lagi apabila keresahan itu mencapai puncaknya berupa perpecahan umat. Orang munafik bagaikan musuh dalam selimut.Mereka sulit dikesan kerana bertopengkan kesolehan dan kearifan. Tetapi diam-diam terhadap orang awam akan menebarkan desas-desus yang mampu menggoyahkan iman.

Sumpah palsu ialah bersumpah dusta yang dilakukan secara sengaja. Sifat ini merupakan ciri seorang munafik. Mereka beranggapan dengan bersumpah orang lain akan percaya dan merasakan yang kebohongan tersebut tidak akan diketahui oleh sesiapapun. Dengan sumpahnya yang seolah-olah bersungguh-sungguh sehinggakan berani menyebut nama Allah. Mereka cuba untuk mengelabui orang. Tujuan utama adalah menipu dan merampas hak orang lain dengan sumpahnya itu.

Firman Allah swt yang bermaksud :“Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu (ditempatkan) di tingkat yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong bagi mereka.” (An:Nisa:145)

Andalusia Sebelum Kedatangan Islam.

 

politik:
Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia dikatakan telah berlakunya pergaduhan di antara witiza, raja Visigoth dan Roderick. Roderick adalah seorang raja yang tamak dan sukakan hiburan. Pada suatu ketika pergaduhan pernah berlaku diantara Roderic dan Julian. Ini kerana Roderic telah mencabul anak Gabenor Ceuta iaitu Florinda. Ternyata kerajaan Andalusia sebelum kedatangan Islam telah pun porak-peranda. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Andalus amat tidak digemari rakyat-rakyat mereka.

EKONOMI:
Ekonomi di Andalusia dikuasai oleh golongan-golongan bangsawan mereka dan membentuk system “latifundia”(tuan tanah) menyebabkan penindasan terhadap glongan bawahan. Penindasan terhadap golongan bawahan menyebabkan ramai diantara mereka terpaksa menjadi hamba.

Ini menyebabkan ramai hamba rakyat melarikan diri ke dalam hutan dan menimbulkan kekacauan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran mereka. Mengakibatkan kelumpuhan ekonomi di Andalusia.

PerkembaNgan ilmu:
pemerintahan Visigoth yang menindas golongan bawahan dan tidak strategik mengurangkan perkembangan ilmu sebelum datangnya pemerintahan Islam. Kemajuan teknologi tersekat dan ia tidak dapat membangun akibat pemberontakan.



ANDALUSIA SELEPAS KEDATANGAN ISLAM.
Perkembangan ilmu sastera:
Kedatangan Islam ke Andalusia telah membawa perubahan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu sastera dan filologi itu berkait rapat dengan perkembangan bahasa itu sendiri. Di Andalusia kerajaan Bani Umaiyyah amat menekankan Bahasa Arab dalam pendidikan begitu juga pemerintahan selepas itu dengan itu Bahasa Arab berkembang pesat di Andalusia dan lahirlah ramai ahli bahasa yang mucul. Dalam bidang kesusteraan pula lahirlah beberapa orang tokoh sasterawan Andalusia yang terkenal, antaranya ialah Abu Bakar al-Turtushi (Ibn Abi Randazah)(1059-1130) yang telah mengarang sebuah ensiklopedia sastera berjudul Siraj al-Muluk (cahaya raja-raja), Yusuf bin al-syaikh dari Melaga (1132-1207) yang telah menghasilkan sebuah ensiklopedia sastera didalam bentuk yang lebih umum. Selain itu terdapat juga ahli sastera antologis Andalusia yang menulis tentang keindahan alam semula jadi Andalusia, dan antara yang terkenal adalah Abu al-Walid al-Himyari (1026-1084).


PERKEMBANGAN ILMU AGAMA:
Seperti bidang sastera, bidang agama juga turut berkembang di Andalusia walaupun keadaan politik tidak stabil selepas kejatuhan Bani Umaiyyah. Orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu-ilmu agama ialah Abdul Rahman III dan anaknya al-Hakam II yang memerintah pada abad ke-10M. Kedua-dua khalifah agung ini telah mendirikan perpustakaan dan sekolah-sekolah dan telah menjemput ramai ulama’ dari timur datang mengajar di Andalusia. Ramai pula di kalangan ulama’ itu terus menetap di kota-kota besar termasuk Cordova. Usaha perkembangan pendidikan agama yang telah ditaja oleh Abdul Rahman ini telah diteruskan hingga ke abad-abad yang berikutnya. Di dalam tempoh itu telah lahir ramai tokoh-tokoh agama yang terkemuka di Andalusia.

perkembangan ilmu kesenian:

pada zaman Muluk al-Tawatif, al-Murabitun al-Muwahidun, bidang kesenian sama ada seni bina, seni ukir dan lain-lain tidak seperti bidang persuratan, kerana bidang pembinaan misalnya memerlukan wang dan tenaga serta sokongan kuat dari pemerintah. Antara kerja-kerja seni bina yang menarik pada zaman Muluk al-Tawa’if ialah bangunan istana Aljaferin di Saragossa. Istana ini dibina oleh Abu Jaafar al-Muqtadir(1049-1081) pemimpin tempatan yang memimpin Saragossa. Istana ini dibina dengan reka bentuk yang lebih menarik berbanding dengan reka bentuk istana di zaman Bani Umaiyyah khususnya ukiran-ukiran dinding dan tiangnya.

PERKEMBANGAN ILMU MATEMATIK:

Dalam bidang matematik pula ramai penuntut Eropah yang datang ke Andalusia untuk menuntut ilmu matematik pada zaman pemerintahan Islam. Penuntut-penuntut ini telah menjadi pakar dalam bidang masing-masing, termasuklah Adelard dan Mokley dari Britian. Adelard telah berguru dengan orang Islam Andalusia dan telah menterjemahkan karya Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor-nombor arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik barat ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah menuntut dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya beliau dalam bidang matematik termasuklah Liber Aba’ci (1202M) dan telah menjadi bahan bacaan asas oleh ahli-ahli matematik di Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Viena pada abad ke-15M banyak berpandukan kepada kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam separti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.

Perkembangan bidang astronomi:

Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abi Ma’syar dan juga Khawarizmi. Karya ini telah di terjemahkan kepada Bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Seville. Begitu juga karya al-Battani telah diterjemahkan kepada Bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Ramond telah menulis karya-karya astronominya berdasarkan karya-karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Ibn al-Zarqiyali yang mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas bagi menentukan jarak antara bulan dengan bumi dan antara bintang-bintang dengan matahari. Dalam Bahasa Eropah terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah perkataan Al-Sumut dan Nazir.

Perkembangan bidang seni muzik:

Dalam bidang seni muzik pula pada abad ke-12M kita dapati karya-karya penting yang dihasilkan oleh orang-orang Islam Andalusia telah diterjemahkan ke Bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan oleh Toledo. Ahli musik barat, Franco of Cobogne (1190M) telah mengikuti jejak langkah al-Kindi dalam bidang seni muzik. Setelah itu lahir pula John of Garland dengan karyanya berjudul Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada suara muzik arab. Disamping itu terdapat juga istilah-istilah musik arab yang dipinjam oleh orang Eropah seperti The Lute, The Rebec, Anafil, The Kanoon, The Guitar, The Naker, dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI ANDALUSIA.

Andalus berkembang dengan menghasilkan banyak penulisan dalam bahasa Arab yang merangkumi semua bidang ilmu pada zaman pertengahan. Unsur-unsur kesusasteraan merupakan sumber utama di Andalusia yang berdasarkan dari al-Quran seperti puisi.Pada kurun ke-9 M, berlakunya proses pengislaman di semenanjung Iberia telah mengakibatkan kemajuan di kalangan masyarakat bandar yang dipenuhi dengan rakyat berbangsa Kristian dan Yahudi. Justeru, tersebarnya Bahasa Arab di kalangan penduduk dan munculnya suatu kesusasteraan yang pada umumnya banyak bergantung kepada kesusasteraan timur. Pada mulanya, Andalusia hanya bergantung pada kumpulan sarjana yang telah mendapat pendidikan di timur dan membawa pulang berbagai-bagai tulisan yang termasyhur hasil dari sarjana timur.

Masjid-masjid pula, dijadikan pusat pendidikan bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar. Perpustakaan persendirian dan umum telah dibina untuk membuka jalan bagi aktiviti penulisan dan kesusasteraan berkembang meluas pada kurun ke-10 M. Pusat pentadbiran dan intelektual yang utama di Andalusia adalah Cordova. Di sinilah tempat tumpuan penuntut dari seluruh negara untuk menimba ilmu daripada para sarjana. Pusat ini telah mencapai puncak kecemerlangan pada masa pemerintahan Abdul Rahman III dan anaknya al-Hakam II dan merekalah yang memberi sokongan serta galakkan kepada para intelek yang termashur pada ketika itu seperti Ibnu Abdul Rabbihi, al-Qali, al-Zubaydi dan Ibnu Qutiyah. Bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Badajoz, Granada, Toledo, Valencia, Malaga dan Dervia telah menjadi pusat tumpuan para sarjana untuk mendapatkan bantuan serta galakan raja-raja. Selain itu, terdapat juga cendiakawan aktif pada kurun ke-11 M iaitu Ibnu Hazm(994 M-1064 M). Beliau ialah tokoh utama intelektual di kalangan Muslim Andalus. Beliau juga merupakan seorang pujangga, ahli teologi, falsafah, sejarah, moralis dan seorang ahli politik yang sangat berkebolehan.
Pada pertengahan kurun ke-13 M, kuasa orang Islam di Andalusia mula berkurangan dan mereka hanya tinggal di bahagian selatan sahaja yang diperintah oleh Dinasti Nasrid(1232 M-1492 M). Pada zaman ini, Ibnu al-Khatib merupakan seorang ahli fikir dan pemimpin yang masyhur. Kemegahan dinasti ini terletak pada bangunan dan monumen-monumen yang indah. Di antaranya sebuah monumen yang paling mengkagumkan di dunia dan masih lagi kukuh pada hari ini ialah Alhambra. Masyarakat Islam di Andalusia telah menyemaikan satu tradisi mencintai ilmu dan pendidikan dengan mendalam. Hal ini dapat dilihat menerusi peninggalan semua cabang ilmu.

Ibnu Abd Rabbihi menjelaskan bahawa ilmu dan pendidikan sebagai asas utama bagi kehidupan di dunia dan di akhirat yang membezakan manusia daripada binatang. Ilmu dan pendidikan adalah asas perkembangan intelek, pelita kepada jasad, cahaya kepada hati dan panduan kepada roh. Seseorang yang berakal tetapi tidak pernah diajarkan apa-apa adalah seperti orang yang tidak mempunyai akal langsung dan binatang yang bodoh serta terbiar. Pada keseluruhannya, ilmu pengetahuan ialah tanda yang membezakan orang yang mulia daripada orang yang hina. Oleh itu, wajarlah kata Rabbihi bahawa setiap individu mestilah menjadikan ilmu itu sebagai harta yang terpenting. Kitab al-Iqd al-Farid telah menjadi satu alat yang sangat mustahak dalam mewujudkan sistem pendidikan di Andalusia kerana daripada pengaruhnya masyarakat Andalusia mula gemar mencari ilmu serta mengenali sifat-sifat dan kegunaannya.


PENYEBARAN TAMADUN ISLAM.

Peperangan Salib.
Selama dua kurun peperangan ini berlaku, orang Kristian Eropah berada di bumi Islam, selama itulah mereka dapat mempelajari suatu tamadun yang jauh lebih tinggi tarafnya daripada tamadun yang ada di Eropah. Mereka telah mendapati berbagai-bagai teknik dan alat-alat yang sebelumnya tidak pernah mereka temui. Pengenalan barang-barang timur (oriental) secara besar-besaran di Eropah dan penggunaan teknik-teknik baru dalam pertanian, industri dan kraftangan merupakan satu kesan yang terpenting daripada peperangan Salib. Banyak sumber-sumber intelektual telah diambil oleh golongan Kristian ini dibawa pulang ke Eropah.

Hubungan diplomatik
Perkembangan intelektual yang pesat di Andalusia telah menarik minat raja-raja Eropah seperti pemerintah Jerman, Perancis, Britain dan Itali. Mereka telah menghantar wakil atau duta ke Andalusia. Contohnya, Raja Philips telah menghantar dutanya menemui Khalifah Hisham I, semata-mata untuk membuat penyelidikan tentang undang-undang yang diamalkan di Andalusia.

Aktiviti perdagangan
Tamadun Islam Andalus juga tersebar ke Kristian Eropah melaui kegiatan perdagangan. Pedagang-pedagang Islam Andalusia telah membuat hubungan dagang dengan negara-negara Kristian, sama ada melalui jalan darat mahupun laut. Barang dagangan dari Andalusia menguasai pasaran di setiap bandar besar Eropah. Melalui kontrak perdagangan ini banyak sistem nilai dan keilmuan masyarakat Islam Andalus berjaya dikuasai oleh masyarakat Kristian Eropah. Ini kerana sudah menjadi lumrah dunia, bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-bangsa lain yang mempunyai kontrak perdagangan dengannya.
Aktiviti penterjemahan
Jalan terpenting tersebarnya tamadun dan kebudayaan Islam ke Kristian Eropah ialah melalui kegiatan penterjemahan karya-karya Arab ke Bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Permusuhan politik dan agama di antara raja-raja kristian dengan Islam tidak pula menjejaskan hubungan kebudayaan yang terjalin. Malah setiap kali Orang Kristian berjaya menawan wilayah Islam, raja-raja menggalakkan supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya mereka rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus untuk menterjemahkan karya-karya Arab ke Bahasa Latin dan juga menyediakan pendidikan Arab Latin kepada masyarakat Kristian. Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville juga memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun ilmu pengetahuan Islam ke Kristian Eropah.

Penghijrahan Orang Mozarab
Golongan Mozarab memainkan peranan penting dalam penyebaran tamadun Islam ke Kristian Eropah. Mereka lebih banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Arab/Islam berbanding dengan pengaruh-pengaruh lain. Penguasaan mereka terhadap Bahasa Arab melebihi bahasa ibunda mereka sendiri. Sebagai bukti, pada tahun 1049M John dari Seville melakukan usaha menterjemahkan kitab Bible ke Bahasa Arab. Versi Arab ini dibahagikan kepada bishop-bishop dan paderi-paderi kristian di Andalusia terutamanya kepada Bishop John Danial yang tidak mahir bebahasa Latin. Gologan Mozarab telah membaca dengan meluas karya-karya falsafah dan teologi Islam. Penumpuan dan pemerhatian mereka kepada karya-karya Islam ini telah menyebabkan mereka lebih mahir menguasai Bahasa Arab berbanding dengan bahasa Latin. Mereka membelanjakan wang yang banyak mendirikan perpustakaan-perpustakaan yang besar untuk menyimpan buku-buku Arab. Pergantungan mereka kepada ilmu-ilmu Islam inilah yang telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan oleh Bishop Alwaro. Dengan penguasaan yang meluas dalam karya-karya Islam, golongan ini telah menjadi sebahagian daripada agen perantara memindahkan elemen-elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat Kristian Eropah.
TOKOH-TOKOH DAN SUMBANGANNYA.

Ilmu falsafah
Ibnu Rusyd telah memberi saham yang amat besar terhadap alam fikiran Barat sehingga mereka amat terhutang budi padanya. Sesungguhnya Ibnu Rusyd (Averroes) telah menguasai alam pemikiran sejak akhir abad ke-12 sehingga akhir abad ke-16. Ketika Frederick II menjadi Maharaja Rom, beliau telah mendirikan Universiti Naples yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di Eropah. Sebagai seorang yang belajar di Universiti Palermo dan sangat berminat pada pemikiran Ibnu Rusyd, pengajian-pengajian utama di universiti itu telah menterjemahkan karya-karya Aristotles yang berisi komentar-komentar Ibnu Rusyd dan kemudiannya berusaha mengirimkannya ke universiti-universiti di Paris dan Bologne.

Ilmu Sejarah
Ibnu Khaldun ialah tokoh yang telah mendapat sanjungan daripada para sarjana Timur dan Barat ialah Ibnu Khaldun. Nama sebenar beliau ialah Abdurrahman Abu Zaid Waliuddin b Khaldun, dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1331M), di dalam keluarga yang telah berpindah dari Seville. Beliau mendapat pendidikan awal di Tunis iaitu di rumahnya sendiri, di masjid dan daripada orang pelarian dari Andalus. Beliau ialah seorang ahli falsafah, sejarah dan pencipta satu bidang baru iaitu Umran al- Basyari (Peradaban Manusia) atau yang dikenali sebagai sosiologi. Beliau mempunyai pengetahuan yang baik tentang lojik, metafizik dan ilmu keagamaan. Kitab Muqadimah merupakan karya beliau yang paling agung, membincangkan secara terperinci mengenai sejarah dan persejarahan. Menurut sarjana Barat, Muqadimah adalah ensiklopedia metodologi sains kebudayaan yang sangat penting.

Ilmu sains dan perubatan
Ibnu Sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Barat merupakan ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. Nama sebenar beliau ialah Abu Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina, dilahirkan di Bukhara(Uzbekistan). Hasil karya beliau yang paling terkenal iaitu Kitab al-Qanun fi al-Tibb merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Karya tersebut digunakan sehingga abad ke 18 dan beliau digelar sebagai Father of Doctors. Di antara isi penting karya beliau ialah hubungan antara emosi dengan perubatan sitem badan, kepentingan air tulen untuk minuman, pengaruh iklim terhadap penyakit, kepentingan pemakanan, pemberian ubat melalui uretra, penggunaan haiwan dalam ujian ubatan dan rawatan penyakit gila serta penyakit malaria.

ILMU ASTRONOMI
Al-Bitruji atau dikenali sebagai Alpetragius di kalangan masyarakat Eropah juga merupakan seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang astronomi di zaman kegemilangan Islam Andalusia. Beliau adalah seorang ahli astronomi mutakhir Andalusia yang ulung dan merupakan anak murid Ibn Tufail, iaitu seorang ahli falsafah. Beliau telah menghasilkan kitab Al-Hai’ah yang menandakan kemuncak pergerakan anti Ptolemy dikalangan ahli-ahli astronomi Andalusia.

ILMU GEOGRAFI
Al-Idrisi
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif, merupakan seorang sarjana geografi Islam Andalusia yang paling terkenal di barat. Beliau dilahirkan di Cueta dan mendapat pendidikan di Cordova. Al-Idrisi telah mengembara ke seluruh dunia Islam dan Eropah serta telah menghasilkan peta glob berkenaan dengan kawasan-kawasan dunia yang diketahui manusia. Glob yang berbentuk bulat tersebut telah menjadikan beliau terkenal di kalangan ahli-ahli geografi Islam.

Posted by Abd Aziz bin Harjin - بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ at 7:04 AM

Jihad


Jihad Dalam Konteks Islam
Oleh: Mohamad Asyraf Bin Mohamad Said
1 Pengertian Umum Jihad
Para ulama Islam sepanjang zaman telah memahami jihad dalam erti kata yang luas sebagai mengerahkan usaha daya di jalan Allah yang meliputi usaha pembaikan diri, usaha pembangunan masyarakat, dakwah melalui lisan dan media. Dalam erti kata yang khusus pula, mereka memahami jihad sebagai berperang bagi membela agama Allah.

Kedua-dua pengertian jihad, umum dan khusus ini, digambarkan di dalam sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Berjihadlah kamu melawan orang-orang musyrik dengan hartamu, jiwamu dan lisanmu.”
(Riwayat Abu Daud)

Dalam buku Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah oleh Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, ada dinyatakan bahawa Ar-Raghib telah mengertikan jihad sebagai usaha yang bersungguh-sungguh dan mengerahkan usaha sepenuhnya dalam menghalang musuh, samada dengan tangan, lisan atau apapun sahaja yang ia mampu. Ini dilakukan dalam tiga bentuk : bermujahadah dengan musuh yang nyata, syaitan dan nafsu. Ketiga-tiga ini termasuk di dalam firman Allah, “dan berjihadlah kepada Allah dengan sebenar-benar jihad.” Ibn Taimiyah pula berkata bahawa jihad samada dilakukan dengan hati seperti berazam untuk melakukannya, atau dengan dakwah kepada Islam dan syariatnya, atau dengan menegakkan hujah ke atas yang batil, atau dengan menerangkan yang benar dan menghilangkan syubhat, atau dengan pandangan dan tidakan yang memberi manfaat kepada orang-orang Islam, atau dengan berperang.
1. Dalam Islam jihad ialah perjuangan yang sungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah dan membasmi perkara-perkara larangan-Nya sekalipun dengan mengorbankan hak-hak kepentingan diri sendiri.
2. Dalam konsep Islam, jihad merangkumi korban kerana apabila seseorang berjihad dengan sendirinya bermaksud mengorbankan kepentingannya dan membawanya hampir kepada tuhan.
3. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud:
" Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami.Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
2 Pembelaan Keadilan Merentas Sempadan Ummah

Berdasarkan konsep umum Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, maka jihad bukan hanya untuk membela Islam dan umatnya, atau untuk menjaga kepentingan mereka sahaja. Akan tetapi ia juga adalah untuk membela keadilan bagi manusia sejagat. Ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud :

“ … dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
(Al-Haj : 40)

Antara pengajaran ayat ini ialah :

a. Sebahagian dari sunnah alam ini ialah Allah akan membangkitkan sekelompok manusia bagi menolak keganasan manusia yang lain.

b. Umat Islam diajar bukan hanya untuk membela sesama umat Islam, tetapi juga membela umat agama lain jika mereka dizalimi. Ini boleh difahami dari pernyataan biara, gereja, rumah ibadat Yahudi bersama dengan masjid dari dirobohkan oleh keganasan sebahagian manusia.

c. Jika ada sekelompok penganut agama lain yang dizalimi dan ditindas, umat Islam adalah lebih utama untuk bangkit membela mereka, menyuarakan suara mereka dan membebaskan mereka dari kezaliman itu.

d. Walaupun Islam tidak sependapat dengan aqidah agama lain, namun Islam tetap menghormati kehidupan beragama.

Berdasarkan prinsip jihad ini sebagai perjuangan membela keadilan secara inklusif dan komprehensif, dapat dinyatakan dengan jelas dan yakin bahawa slogan perjuangan ofensif sekelompok kecil Muslim mengenai jihad secara antagonistik dari pihak Muslim terhadap bukan Muslim, adalah pendekatan yang sangat keliru. Kedua-dua masyarakat Muslim dan bukan Muslim perlu difahamkan secara konsisten bahawa asas hubungan antara kedua-dua kelompok ini adalah keamanan, bukan peperangan atau ketegangan. Malang sekali, trajedi yang mencengkam dunia hari ini ialah ketiadaan kefahaman yang jernih mengenai jihad; golongan minoriti Muslim yang keliru melihatnya dengan lensa yang amat sempit dan kolot, lantas menterorasikan imej jihad dan kebenaran, sementara di satu pihak pula golongan bukan Muslim yang memilih untuk mewarnai persepsi mereka terhadap Islam dan Muslim dengan corak-corak kecurigaan dan tohmahan.

Episod Jamaah Islamiah (JI), yang mutakhir ini menjejas dan menyulitkan lagi proses mengembalikan kemurnian Islam, membawa kita memasuki satu tahap baru dalam jihad, iaitu jihad untuk mempertahankan jihad. Usaha bersepadu perlu diorak untuk mengatasi dua kecenderungan ekstrim; pertama, kekeliruan dan kesangsian terhadap jihad seperti yang dinyatakan di atas, dan kedua, kecenderungan apologetik untuk menafikan gagasan jihad sebagai sebahagian daripada keperibadian ummah.

3 Jihad Pendorong Kemakmuran Dunia

Semangat jihad yang sebenarnya mendorong masyarakat Islam untuk mengusahakan kemajuan dan pembangunan bagi manusia, ekonomi dan negara. Ini adalah kerana Islam menggalakkan kemajuan. Firman Allah bermaksud :

“Hendaklah ada dari kalangan kamu satu umat yang mengajak kepada kebaikan dan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar, dan mereka itulah golongan yang berjaya.”
(Al-Qasas : 87)

Ini dikukuhkan lagi dengan firmanNya bermaksud :

“Dia telah menciptakan kamu dari bumi dan menjadikan kamu pemakmurnya.”
(Hud : 61)

Apabila diperhatikan gagasan umum kehidupan menurut kayu ukur Islam, kita dapat memahami bahawa misi hidup manusia ialah untuk memakmurkan kehidupan dunia bagi mencapai kemakmuran hidup akhirat. Ini bersandarkan beberapa nas Al-Quran dan hadith, di antaranya firman Allah bermaksud :

“Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi, dan mengangkat sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain dengan apa yang dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaanNya sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-An’am : 165)

Dan firman Allah lagi bermaksud :

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu.”
(Adz-Dzariat : 56)

Jihad merupakan satu tuntutan ke atas Muslim, secara individual dan secara kolektif, untuk berusaha sehabis upaya ke arah melaksanakan misi tersebut bagi merealisasikan matlamat khilafah (kemakmuran dunia) dan ubudiyyah (kemakmuran akhirat). Sejarah Rasulullah dan para sahabat telah menyediakan gambaran jelas tentang jihad yang sebenarnya, yang boleh disimpulkan sebagai memperjuangkan dua lapangan tersebut. Dengan demikian, setiap usaha membangunkan upaya dan unsur-unsur sokongan ke arah dua kemakmuran itu adalah jihad, sepertimana usaha untuk mencegah atau menghilangkan faktor-faktor yang menghalang keduanya juga adalah jihad.

Islam juga menganjurkan umatnya untuk sentiasa membaiki diri dan berusaha sebaik mungkin. Maka keadaan seseorang yang statik, tidak maju ataupun berkembang, tidak sejajar dengan semangat syara’ yang ditetapkan. Atas dasar ini juga, Islam menganjurkan sifat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Firman Allah bermaksud :

“Dan berlumba-lumbalah kamu dalam (melakukan) kebaikan.” (Al-Baqarah : 148)

Secara umum, kondisi ummah pada hari ini menuntut jihad untuk menawarkan Islam sebagai alternatif praktikal ke arah kemakmuran hidup dunia dan kesejahteraan masyarakat global. Namun sebelum itu, realiti yang perlu diakui ialah bahawa pihak yang tidak memiliki tidak akan mampu memberi. Jihad ke luar ini, tidak dapat tidak, perlu diiringi, kalaupun tidak didahului, dengan jihad ke dalam secara serius untuk membangunkan khaira ummah, dengan membina quwwah (keupayaan dan kemampuan) dan amanah (berprinsip dan berkerohanian murni).



JIHAD DALAM KONTEKS ASIA TENGGARA: PENDEKATAN MALAYSIA

1 Jihad di Malaysia – Membina Masyarakat Cemerlang

Keberadaan masyarakat Islam di Malaysia akan terus kekal simbolik semata-mata, selama mana masyarakat ini tidak dilihat berpatisipasi dan membuat sumbangan di dalam spektrum kehidupan politik, budaya dan ekonomi negara. Sebagai konstituen politik yang turut sama memiliki upaya pengundian dan kepenggunaan, masyarakat Islam perlu terus membangun dengan yakin untuk mengatur langkah progresif bagi menyusun semula struktur organisasinya sebagai sebuah masyarakat penyumbang yang dirasakan kewujudannya. Masyarakat Islam perlu terus berusaha untuk mengubah ketrampilannya sebagai hanya sebuah kelompok “Muslim almari”. Ini menuntut masyarakat untuk memanifestasikan Islam dengan penuh sedar dan terbuka, berpaksikan inti serta kefahaman syara’ yang bercirikan prinsip-prinsip universal.

Masyarakat Islam di Malaysia sedang giat mengatur langkah bergerak ke arah membangun diri sebagai masyarakat cemerlang. Dalam konteks kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia, ini merupakan jihad yang menuntut jumlah usaha yang tidak sedikit. Diterajui oleh Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Sukan, merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, setiap Muslim diseru untuk bersama melihat dan mengusahakan kecemerlangan secara menyeluruh. “Idea yang lebih menyeluruh mengenai kecemerlangan adalah penting dan ia bukan hanya setakat kecemerlangan akademik, yang sering dikelirukan oleh orang ramai. Sebaliknya, kecemerlangan adalah nilai yang anda pegang teguh dalam kehidupan,” katanya. Menjelaskan, Dr Yaacob berkata para Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam telah pun mengenal pasti tiga aspek utama yang harus diberi perhatian - keluarga, pendidikan dan pekerjaan.

Wawasan membina masyarakat Islam cemerlang ini malah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam ucapan di Rapat Hari Kebangsaan, beliau menyokong sepenuhnya wawasan Dr Yaacob Ibrahim untuk membentuk masyarakat Melayu/Islam cemerlang. Pemodenan dan pembangunan boleh dicapai oleh masyarakat sambil menimba kekuatan dari warisan budaya Melayu dan nilai-nilai Islam untuk meningkatkan kemajuan masyarakat. Rancangan akan tertumpu kepada usaha meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu/Islam dalam semua mata pelajaran, terutama, sains dan matematik serta menjadi orang Islam yang baik dan rakyat Malaysia yang setia. Beliau menyeru Melayu Malaysia agar bersikap komited terhadap pembentukan masyarakat Melayu/Islam cemerlang yang dapat berintegrasi dengan baik di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Beliau yakin yang orang Melayu boleh menjadi sebuah masyarakat Islam contoh yang progresif dan mantap dari segi ekonomi. Masyarakat contoh sebegini akan menyumbang ke arah pembentukan semula Malaysia.

Majlis Agama Islam Malaysia, di dalam melakarkan Pelan Tindakan 3 Tahun 2004-2006, telah menetapkan visi untuk membentuk masyarakat Islam Malaysia yang memiliki ciri-ciri berikut :

a. Berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam, tetapi dalam masa yang sama bersedia mengusahakan perubahan dalam menjawab keperluan dan cabaran masakini.

b. Kukuh moral dan rohani untuk menghadapi cabaran-cabaran masyarakat moden, terutama di dalam bidang ekonomi yang melalui perubahan.

c. Memiliki pengetahuan dan kefahaman mengenai sejarah dan tamadun Islam, di samping memiliki persediaan intelektual untuk memahami Islam dan isu-isu terkini dunia Islam.

d. Meyakini bahawa Muslim yang baik adalah juga rakyat yang baik.

e. Menyesuaikan diri dengan baik dalam melalui kehidupan sebagai anggota penuh sebuah negara sekular dan masyarakat berbilang agama, dengan menyumbang kepada negara dan kemanusiaan global, termasuk di dalam peranan-peranan kepimpinan.

f. Progresif, mengikuti perkembangan tuntutan-tuntutan masyarakat moden dan mengamalkan Islam melampaui batasan ritualistik atau kelahirian bentuk.

g. Mengetahui dan menghargai kekayaan yang turut ada di dalam tamadun-tamadun lain, di samping memiliki keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang-orang/kaum-kaum lain serta bersedia untuk belajar dari mereka.

h. Bersikap inklusif dan mengamalkan pluralisma selagi mana tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

i. Menjadi rahmat kepada masyarakat-masyarakat lain dengan berpegang teguh kepada nilai-nilai dan prinsip-prinsip universal, lantas melepasi status minoriti dan menjadi sebahagian daripada kumpulan majoriti.

j. Menjadi model dan inspirasi kepada yang lain.

HIKMAH JIHAD

a) Jihad itu tidak sia-sia tetapi diberi pahala yang besar dari Allah.
b) Mendapat bantuan Allah dan hidayat-Nya menjadikan jihad itu berkat
dan mendapat rahmat.
c) Golongan yang tidak beriman tidak diterima pengorbanan mereka oleh
Allah.

JENIS-JENIS JIHAD

1) JIHAD AKBAR -jihad yang besar iaitu jihad melawan hawa nafsu.Contohnya,nafsu malas solat, nafsu suka membuang masa, nafsu ingin membuat maksiat.Melawannya dengan jihad.
2) JIHAD ASGHAR -jihad yang kecil iaitu menentang musuh yang nyata seperti peperangan menentang orang-orang kafir yang menceroboh agama Islam dan memerangi orang-orang murtad.

JIHAD DI JALAN ALLAH

Berjihad beerti kita berjuang dengan cara mengorbankan apa yang ada pada diri kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk, hanya mengharapkan balasan dari Allah. Pengorbanan yang perlu dilakukan :
a) mengorbankan fikiran iaitu memberi sumbangan fikiran ke arah pembangunan Islam di semua peringkat kehidupan dan di semua sudut.
b) mengorbankan harta iaitu menyumbang-kan harta ke arah pembangunan Islam seperti pembinaan sekolah-sekolah yang berteraskan Islam, ekonomi bercorak Islam, tempat-tempat ibadat, pertahanan dan sebagainya.

c) mengorbankan jiwa iaitu bersedia berkorban sekalipun dengan kematian apabila berjuang seperti pergi berdakwah mengajak orang kepada Islam atau dengan berperang di medan perang untuk membela agama, bangsa dan negara.
d) mengorbankan sesuatu yang kita sayang.Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 92 yang bermaksud :
" Kamu tidak akan mencapai kebaikan kecuali kamu belanjakan apa yang kamu sayang."
e) melawan nafsu dengan membuang sifat-sifat tercela dan menghias diri dengan sifat-sifat terpuji.
HUBUNGAN JIHAD DALAM PENGORBANAN.

1) Jihad ialah berjuang untuk menegakkan segala perintah Allah dan membasmi perkara-perkara larangannya dengan bersungguh-sungguh.
2) Pengorbanan adalah penderitaan atau susah payah yang mesti ditempuh untuk berjuang dalam jihad.
3) Setiap jihad memerlukan pengorbanan kerana terpaksa bersusah payah untuk mencapai cita-cita yang diperintah oleh Allah.Seperti kata pepatah Melayu:
" Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."
4) Kejayaan yang dicapai dengan pengorbanan lebih besar erti dan nilainya daripada tanpa pengorbanan.
5) Sifat-sifat yang perlu ada pada orang yang berjihad ialah:
a) ikhlas kepada Allah
b) tawakkal kepada Allah
c) sabar menempuh ujian pengorbanan
d) tekun.

Untuk mencapai darjat jihad yang sebenar adalah dengan pengorbanan yang membawa kepada hilangnya kepentingan dan hak untuk diri sendiri.Semangat jihad sepatutnya dipupuk dalam diri setiap individu muslim kerana:

a) mencapai kejayaan bukanlah mudah tetapi memerlukan pengorbanan. Besar kejayaan yang hendak dicapai, besar jugalah pengorbanan yang perlu dibuat.
b) sabar dan tabah untuk berkorban itu sendiri memerlukan semangat jihad.
c) orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling tinggi jihadnya.Ibni Mas'ud pernah bertanya kepada Rasulullah:" Apakah amal yang paling dikasihi Allah? Jawab baginda: Solat dalam waktunya. Kemudian? Kemudian jihad dijalan Allah." d) orang yang mempunyai semangat jihad itulah orang yang layak diajak sebagai teman atau pengikut dalam berjuang.

Tawakal


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung

HIDUP tidak sunyi daripada berdepan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang. Seseorang itu mungkin berdepan masalah besar menentukan hidup atau mati perniagaannya pada masa depan, manakala yang lain hanya sekadar mendapatkan rumah untuk dibeli.

Apa juga keadaan, mereka perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan.

Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, mereka boleh berserah kepada Allah iaitu bertawakal kepada Allah.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun.


Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

Dalam bukunya Para Kekasih Allah, Abdillah F Hasan berkata dalam al-Quran tidak kurang dari 40 ayat membahas masalah tawakal, baik dalam bentuk perintah mahupun keutamaan bagi hamba mampu melaksanakannya.

Yusuf al Qaadhawi dalam kitabnya Ath Thariq Ilalah, At Tawakal mengungkapkan mengenai keistimewaan disandang hamba Allah bertawakal kepada-Nya, iaitu timbul ketenteraman jiwa, kekuatan jiwa (kekuatan spiritual), kewibawaan, keredaan dan percaya diri.

Orang beriman yakin akan pertolongan Allah. Allah tidak akan membiarkan orang berjuang di jalan-Nya. Allah tetap menolong mereka, cuma cepat atau lambat saja.

Orang yang mantap dan teguh imannya tidak ragu-ragu dengan janji Allah ini. Mereka penuh yakin Allah tidak mengingkari janji kerana mereka tahu dan ingat keagungan Allah, kesempurnaan ilmu-Nya dan kudrat-Nya. Allah ingat kepada hamba-Nya yang tidak pernah lupa mengingati-Nya di mana-mana.

Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: “Dan Kami selalu berkewajipan menolong orang-orang yang beriman.”(Surah Ar-Rum ayat 47)


Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung.
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir , Berita Harian, Selasa, 02 Jun 2009 , 8 Jamadilakhir 1430

Monday, April 22, 2013

Taqwa



Kalimah 'Taqwa' asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan.

Menurut Syara', 'Taqwa' bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat".[2]

Rasulullah s.a.w. pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". ( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )

Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : 
"Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".

Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".

Menurut Ibnu Abbas r.a. : "Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta'atiNya".

Menurut Hasan al-Basri : "Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka".

Berkata Abu Yazid al-Bustami : "Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah".

Martabat Taqwa

Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;

Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran

Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :

"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.

Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)

Muslim yang Berjuang dan Bertaqwa

Merentasi era peradaban modern yang menyaksikan keruntuhan akhlak , moral dan aqidah ummah kini di paras bahaya , memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh .

Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan mereka yang mengaku muslim .

Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.

Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban Insaniyyah, sehingga hilang peri kemanusiaan sebaliknya peri kebinatangan menguasai minda sebahagian besar ummat manusia.

Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita mengambil kesempatan daripada ibadah puasa yang dijalani sebulan di bulan Ramadhan untuk membina syakhsiyyah muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini .

Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri , dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi .

Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur , hak dan bhatil serta islam dan jahiliyyah.

Wednesday, April 10, 2013

APA ITU FREEMASON ?


FREEMASON adalah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini Wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat). Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah:

1. menghapus semua agama,

2. menghapus sistem keluarga

3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia

Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme)

Rujukan: Bernard E Jones, 1982. Freemason's Guide and Compendium. London & Henley, Harrap Ltd

Prinsip dan aktiviti utama
Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Islam dan Freemason
Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi.

Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain.

Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Sunnah Nabi Muhammad saw

Waktu-waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Pada dasarnya semua masa adalah baik untuk melakukan ibadat kerana dalam Islam tidak ada waktu yang buruk atau waktu sial bagi mengerjakan atau memulakan sesuatu pekerjaan, yang ada dalam Islam ialah masa yang lebih baik untuk beribadat. Demikian juga ada masa-masa yang lebih baik dari masa-masa yang lain untuk berdoa di antara masa tersebut ialah :

a. Waktu Malam
Waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk beribadat kerana waktu tersebut sunyi sama sekali. Semua makhluk tidur setelah penat bekerja keras di siang hari. Bagi mereka yang insaf dan sedar, mereka tidak melepaskan peluang di waktu malam dengan beribadat dan berdoa.
Allah s.w.t memperkenankan doa hambanya pada waktu malam dan para malaikat turun ke dunia untuk menyampaikan rahmat Allah s.w.t kepada semua makhluk pada waktu malam. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w kita di Israk dan Mikraj pada waktu malam, oleh itu memang selayaknya kita gunakan waktu malam untuk berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang muslim meminta kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya". ( tafsir Yasin, Hammamy)

Waktu-waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari ada empat waktu iaitu :
1.Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam).
2.Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
3.Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
4.Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
Jelas di sini waktu separuh malam sehingga terbit fajar adalah merupakan waktu yang berkat, waktu yang baik untuk memajukan permohonan.

b. Waktu pagi - dikala matahari sedang naik (waktu dhuha)

c. Waktu petang - selepas sembahyang Asar

d. Pada hari Jumaat
Hari yang paling baik diantara hari-hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Ia merupakan saat-saat dikabulkan doa. Abu Huraurah meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau bersabda : " Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya". 
Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat".

e. Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal Ramadhan hingga ke akhirnya. Sabda Allah s.w.t yang bemaksud, " Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit". ( riwayat, Mutafaq Alaih)
Pintu langit terbuka maksudnya Allah s.w.t mencurah-curahkan rahmat kepada hamba-hambanya yang memohon, berdoa dan beribadat kepadanya.
Diantara kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu saat yang paling mustajab iaitu di saat turunya Al-Qadr. Allah akan memakbulkan setiap permohonan hambanya di saat tersebut dan barang siapa beribadat pada malam Lailatul Qadar sama seperti beribadat seribu bulan.

f. Malam Nisfu Sya'aban
Iaitu pada malam 15 hari bulan Syaaban di mana pada malam tersebut Allah s.w.t menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan memohon ampun dari Allah s.w.t.

g. Malam Dua Hari Raya
Iaitu malam hari raya Aidil Fitri dan raya Aidil Adha.
Pada malam tersebut selain memperbanyakkan takbir digalakkan juga berdoa.

h. Bulan Rejab
Iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat mustajab untuk berdoa. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu : malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya'aban, malam Jumaat dan dua hari raya".

i. Ketika Sembahyang dan Selepasnya
Dalam sembahyang banyak lafaz doa, oleh itu perelokkan sembahyang, mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan dan permohonan ketika dalam sembahyang.

j. Selepas Membaca Al-Quran terutama selepas khatam Al-Quran

k. Majlis Zikir atau Tahlil, selepas berzikir digalakkan berdoa kerana masa tersebut penuh dengan rahmat Allah

l. Selepas mengangkat air sembahyang

m. Selepas azan sembahyang

n. Selepas Iqamah
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud " Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah". para sahabat bertanya " Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab " Mintalah kepada Allah s.w.t kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat". 

Hadis Nabi: Membaca al-Quran

Sabda Rasulullah saw:

" Sesiapa yang membaca al-Quran dengan cukup tajwid, lancar dan tepat, maka mereka akan berada di kalangan malaikat-malaikat yang mulia. 
Dan barangsiapa yang berusaha untuk membaca al-Quran, walau dengan susah payah, tersekat-sekat dan tidak lancar (kerana tidak mahir membaca tetapi ingin mencuba), maka ia akan memperolehi kelebihan dua kali ganda dari yang lancar bacaannya."


Hadis Nabi: Membaca al-Quran

Sabda Rasulullah saw:

" Sesiapa yang membaca al-Quran dengan cukup tajwid, lancar dan tepat, maka mereka akan berada di kalangan malaikat-malaikat yang mulia. 
Dan barangsiapa yang berusaha untuk membaca al-Quran, walau dengan susah payah, tersekat-sekat dan tidak lancar (kerana tidak mahir membaca tetapi ingin mencuba), maka ia akan memperolehi kelebihan dua kali ganda dari yang lancar bacaannya."

Kelebihan Ayat Kursi


Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem

Allahu la illaha illa huWal Hayyul Qayyum

La te huzuhu sinetun wala nawmun

Lahu ma fissemawati wa ma fil'ardi
Men thallathiy yeshfe'u indehu illa biznih
Ya'lemu ma beyne eydiyhimwa ma halfehumwa la yuhiytunebishey'in min ilmihiilla bima sha-a wasia kursiyyuhu semavati wal'ard
Wa la yeuduhu hifzuhuma wa hu wal aliy ul aziym

Dengan name Allah yang Maha pengasih lagi maha penyayang
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya);
tidak
mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi.
Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.
Allah mengetahui apa yang di depan dan di belakang mereka
dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kursi* Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha
Tinggi lagi Maha Besar

(al-Baqarah: 255).*Kursi = kerajaan,batas pemerintahan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata,

"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?
"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."


Fadhilat ayat Kursi selainnya:
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitanya."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid."

* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam

Allahuakbar!

Sunnah Nabi: Kelebihan Surah Yassin


Sayyiduna Ma'aqal ibn Yassaar (radiyAllau 'anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallAllahu 'alayhi wasallam) bersabda,
"Yasin adalah kalbu dari Al Quran. Tak seorangpun yang membacanya dengan niat menginginkan Akhirat melainkan Allah akan mengampuninya. Bacalah atas orang-orang yang wafat di antaramu." (Sunan Abu Dawud).
Imaam Haakim mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih (Autentik), di Mustadrak al-Haakim juz 1, halaman 565; lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 376


Sayyiduna Jund ibn Abdullah (radiyAllahu 'anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallAllahu 'alayhi wasallam) bersabda,

"Barangsiapa membaca Surah Yaseen pada malam hari dengan niat mencari ridha Allah, dosa-dosanya akan diampuni." (Muwattha' Imaam Maalik).

Imaam ibn Hibbaan mengklasifikasikan hadits ini sebagai Sahiih, lihat Sahiih ibn Hibbaan Juz 6 halaman 312, ( lihat juga at-Targhiib juz 2 halaman 377)
.


Cara memotong kuku dan masa afdhal

Cara memotong kuku jari tangan:

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus melingkar ke arah kanan sampai kelingking yang kanan, terus disambung dari kelingking kiri kembali ke ibu jarikiri dan berakhir di ibu jari kanan.

Cara memotong kuku jari kaki:

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

Waktu memotong kuku:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Kesimpulan? Potong hari Jumaat, dan jangan simpan lebih dari 40 hari.

Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.

TIPS MELEMBUTKAN HATI KITA


Hadis riwayat Aisyah ra. isteri Nabi saw.:Rasulullah saw. bersabda: “Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut yang menyukai kelembutan. Allah akan memberikan kepada orang yang bersikap lembut sesuatu yang tidak diberikan kepada orang yang bersikap keras dan kepada yang lainnya”.

Kita tidak lalai akan doa yang satu ini : “Ya Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah diriku dalam Agama-Mu dan dalam Ketaatan kepada-Mu”.

Begitulah, menjaga hati untuk sentiasa istiqomah berada di jalan Allah, senantiasa bersih dari segala kotoran dan lembut dari segala kekerasan (hati), tidaklah mudah. Kesibukan dan rutin kita yang memerah tenaga dan fikiran, serta interaksi yang terus menerus dengan masalah duniawi, jika tidak diimbangi dengan “makanan-makanan” hati, terkadang membuat hati menjadi keras, kering, lalu mati. Padahal sebagai seorang mukmin, dalam melihat pelbagai persoalan kehidupan, haruslah dengan mata hati yang jernih.

Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam usaha kita untuk melembutkan hati. Kita hendaklah senantiasa:

  1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.
  2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.
  3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.
  4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.
  5. Takut akan balasan seksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.
  6. Takut mengakhiri hidup dengan su’ul khatimah.
  7. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.
  8. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
  9. Takut akan azab di alam kubur.
  10. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.
  11. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.
  12. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.
  13. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.
  14. Takut terhadap nikmat Allah yang kita rasa siang dan malam sedang kita tidak bersyukur.
  15. Takut tidak diterima amalan-amalan kita.
  16. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.
  17. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.
  18. Hendaknya kita mengembalikan urusan diri kita, anak-anak, keluarga dan harta kepada Allah SWT. Dan jangan kita bersandar dalam memperbaiki urusan ini kecuali pada Allah.
  19. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya’ ke dalam hati, kerana terkadang riya’ itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri. “Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal orang fasik dan riya’. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis”.
  20. Jika kita ingin sampai pada darjat ikhlas maka hendaknya akhlak kita seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya atau membencinya.
  21. Hendaknya kita memiliki sifat cemburu ketika larangan-larangan Allah diremehkan.
  22. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan dosa.
  23. Ingatlah setiap kali kita sakit bahawa kita telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalan yang buruk.
  24. Hendaknya ketakutan pada Allah menjadi jalan kita menuju Allah selama kita sihat.
  25. Setiap kali kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka bayangkanlah jika kita yang sedang diusung.
  26. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rezeki kita sedang hatinya tidak tenteram kecuali sesuatu yang ia kumpul-kumpulkan. Dan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat akan mati.
  27. Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar (pelajaran) bukan dengan pandangan mahabbah (kecintaan) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.
  28. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?
  29. Di antara akhlak wanita mukminah adalah menasihati sesama mukminah.
  30. Jika kita melihat orang yang lebih besar dari kita, maka muliakanlah dia dan katakan kepadanya, “Anda telah mendahului saya di dalam Islam dan amal soleh maka dia jauh lebih baik di sisi Allah. Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih baik sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah.”


“Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” As-Syura:19

“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Al-Maidah:54

By Muhammad Nurul Jamil Shamsuddin in MARKAS SG BULOH