Friday, October 19, 2012

Fadhilat Asma’ul Husna




99. As ShabuurThe Patient And Timeless


Maha Sabar / Sangat Sabar / Maha Penyabar – Dia tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Fadhilat As Shabuur


Jika dizikirkan ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 X setiap hari sebelum tebit matahari,InsyaAllah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan.


Sesiapa yang berzikir ‘Ya Shabuur’ sebanyak 100 X pada tiap-tiap hari sebelum matahari tebit, InsyaAllah musuhnya tidak akan mengeluarkan perkataan buruk terhadapnya.


Asma‘Ya Shabuur’ ini dibaca setiap masa terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.


Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir‘Ya Shabuur’ ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapankepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut ‘Ya Shabuur’3,000 kali , InsyaAllah ia akan terselamat


.Sesiapa menzikirkan ‘Ya Shabuur’ 1,020 kali setiap hari, InsyaAllah akandilenyapkan segala kesusahan. Keamanan dan kesejahteraan akan diperolehiserta kelegaan akan dinikmati.



98. Ar RasyhidThe Guide/ Infallible Teacher And Knower


Maha Cendekiawan / Yang Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin / Yang Memberi Petunjuk / Pembimbing Kepada Kebaikan / Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Dialah yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
Fadhilat Ar Rasyhid


Bagi menambah kecerdasan berfikir, asma ‘Ya Rasyhid’ dibaca setiap pagi dan petang.


Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah berzikir dengan ‘Ya Rasyhid’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah otak kita akan menjadi bertambah cerdas dan pantas berkerja.


Segala rancangan atau perjalanan tugas akan menjadi terang nyata samada dalammimpi atau ilham jika dizikirkan ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali setiap hari


Sesiapa menyebut ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak,InsyaAllah segala kebuntuan dan kesusahannya akan hilang.


Sesiapa menzikirkan ‘Ya Rasyhid’ setiap hari, InsyaAllah akan berjaya dalamurusan kewangan dan selamat daripada sebarang kemalangan.





97. Al WaaritsThe Heir/ The Inheritor of All


Maha Pewaris / Waris Agung / Maha Mewarisi / Maha Membahagi / Yang Kekal Tidak Binasa – Dialah menguasai segala-galanya. Yang kembali kepadaNya sekalian makhluk,iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
Fadhilat Al Waarits


Sekiranya kita berzikir dengan ‘Ya Waarits’ sebanyak 500 X selepas solat fardhu, InsyaAllah segala urusan akan berjalan lancar.


Jika dizikirkan ‘Ya Waarits’ ini sebanyak 707 X pada setiap malam. Insyaallah berkat zikir ini Allah akan ember petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


Sesiapa menyebut ‘Ya Waarits’ berulang kali sebanyak mungkin, InsyaAllah akandipanjangkan umur.


Jika diamalkan zikir ‘Ya Waarits’ sebanyak 1000 X di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah akan mendapat keselamatan dan melenyapkan perasaan gundah gulana.


Asma ‘Ya Waarits’ dizikirkan sebanyak 1000 X pada masa matahari terbit.InsyaAllah akan diberikan perlingungan daripada kesedihan, dukacita,kesusahan dan bencana petaka.






96. Al BaaqiyThe Ever Enduring And Immutable


Maha Kekal / Yang kekal – Iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya.
Fadhilat Al Baaqiy

Amalkanlah zikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini. 
Sesiapa menyebut ‘Ya Baaqiy’ 100 kali sebelum solat Subuh, InsyaAllah dosanya akan diampunkan. 


Untuk mengekalkan pekerjaan dan usahanya, baca asma ‘Ya Baaqiy’ ini setiap masa sebanyak mungkin, InsyaAllah pekerjaannya akan kekal, jauhi dari kerugian dan kejatuhan maruah.


Jika diamalkan zikir ‘Ya Baaqiy’ 100 X sebelum matahari terbit, InsyaAllah akanterpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya.


Amalkanlah zikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 X pada malam Jumaat. InsyaAllah akanditerima amal solehnya dan terpelihara dari segala bencana.




95. Al Badii’Incomparable/ The Originator


Yang Maha Pencipta / Yang Tiada Tandingan / Tiada Tolok Banding / Maha Pemula / Maha Pencipta Yang Baru – Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya, iaitu Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
Fadhilat Al Badii’


Bagi mencapai sesuatu maksud, zikirkan ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1200 X, InsyaAllah dalam tempoh 13 hari hajatnya akan tercapai.


Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & ingin menjayakannya, maka zikirkanlah ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


Jika merancang suatu pengembaraan atau perjalanan, amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ini sebelum tidur sebanyak mungkin, InsyaAllah akan diberi ilham dan petunjuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sesiapa menyebut ‘ Ya Badii’ ’ 70 kali berulang-ulang, diikuti dengan doa (Ya Allah! Dikaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini). InsyaAllah kesusahannya akan hilang.


Amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ ini sebanyak 1000 X pada setiap hari. InsyaAllah akanmenghilangkan kesusahan dan kesedihan.


Jika diamalkan zikir ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1000 X di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah ianya akan diberi kemudahan dan meninggal sebagai seorang Mukmin.





94. Al HaadiyThe Guide

Maha Pemberi Pertunjuk / Maha Memberi Hidayah/ Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk – Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
Fadhilat Al Haadiy


Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Haadiy’ini, InsyaAllah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.


Sesiapa menyebut asma ‘Ya Haadiy’ berulang-ulang secara istiqamah, InsyaAllah akan memperoleh ilmu makrifat dan pengetahuan rohani.
Sesiapa yang menadahkan kedua tangannya seperti berdoa merenung ke arah langit dan menyebut ‘Ya Haadiy’ 7 X kemudian menyapu tapak tangan kemuka, InsyaAllah akan dikurniakan hidayah dan memudahkan pergaulannya bersama orang-orangsoleh dan taat. 





93.An NuurThe Light


Yang Maha Memberi Cahaya / Maha Pemberi Cahaya / Yang Maha Menerangi / Maha Bercahaya - Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam, wajah, fikiran serta hati makhluknya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
Fadhilat An Nuur


Jika dizikirkan ‘Ya Nuur’ 1,001 X selepas membaca Surah An-Nur, maka hati pembacanya akan disinari dengan ‘Nur’, InsyaAllah.


Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, Sesiapa yang menghendakikemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ‘Ya Nuur’ ini setiap pagi & petang.


Apabila ‘Ya Nuur’ dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, InsyaAllah akanditerangkan hatinya.


Sesiapa yang menzikirkan asma ‘Ya Nuur’ berulang-ulang kali secara istiqamah, InsyaAllah raut wajah dan anggotanya akan lebih berseri dan menyerlah.





92. An Naafi’The Propitious/ The Benefactor


Yang Memberi Manfaat / Maha Memberi Manafaat / Maha Pemberi Manfaat / Makmur - Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia, iaitu meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
Fadhilat An Naafi’


Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya Naafi’ setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akandihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


Jika ‘Ya Naafi’ dibaca 41 X sebelum memulakan sesuatu kerja yang sukar dan payah, InsyaAllah akan dapat menyelesaikannya dengan mudah.


Sesiapa menyebut ‘Ya Naafi’ berulang-ulang dalam masa empat hari, InsyaAllah ia akan jauh dari aniaya atau bahaya.


Jika ‘Ya Naafi’ dibaca sebelum menaiki apa jua jenis kenderaan, InsyaAllah akan mendapat keselamatan daripada segala bahaya dan petaka.


Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ‘Ya Naafi’ dibaca setiap hari, InsyaAllah akan berhasil.


Jika sesiapa yang berzikir dengan ‘Ya Naafi’ di dalam hati ketika jimak dengan isterinya, InsyaAllah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.




91. Ad DhaarThe Distressor/ The Harmer


Maha Memberi derita / Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi Bahaya / Yang Membawa Bencana / Yang Menyampaikan Mudharat /Pengganggu - Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah, iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya.
Fadhilat Ad Dhaar


Asma’ ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatupenyakit yang mana sudah puas & lama dihidapi serta telah puas diubati (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan).


Amalkanlah zikir ‘Ya Dhaar’ ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan segera sembuh.


Bagi menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mendapatkan keselamatan rohani dan jasmani, zikirkan ‘Ya Dhaar’ ini sebanyak 100 X pada setiap malam Jumaat.


Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut ‘Ya Dhaar’ berulang kali setiap malam Jumaat, InsyaAllah taraf mereka akan meningkat dan dinaikkan.





90. Al Maani‘
The Withholder/ The Shielder/ The Defender


Maha Mencegah / Maha Pencegah / Maha Membela atau Maha Menolak - Yang menolak bahaya dan lain-lain, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

Fadhilat Al Maani’

Memperbanyakkan zikir ‘Ya Maani’ dengan niat memohon kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah. InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai. 


Andai kita selalu mengamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak 161 X dibacakan setiap hari pada waktu menjelang Subuh atau setiap lepas solat sunat Subuh, InsyaAllah kita akan terhindar dari perlakuan orang jahat, orang zalim dan orang-orang suka membuat angkara.


Mereka yang menyebut ‘Ya Maani’ berulang-ulang, InsyaAllah akan mengalamipenghidupan keluarga yang berbahagia.


Sekiranya ingin mewujudkan kasih sayang atau menyelesaikan perselisihanantara suami isteri, maka amalkanlah zikir ‘Ya Maani’ sebanyak 20 X ketikaberbaring di katil. InsyaAllah berhasil.
Jika diamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah akanterhindar daripada segala bencana dan jika untuk sesuatu maksud yang halal, InsyaAllah ianya akan tercapai. 

No comments:

Post a Comment