Friday, December 28, 2012

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

http://gtb65.blogspot.com


Daripada Abi Sa’id al-Khudriy RA, dari Nabi SAW yang bersabda:


قَالَ إِبْلِيسُ: أَيْ رَبِّ لَا أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ". قَالَ: "فَقَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي



Mafhumnya: “Kata Iblis: Wahai Tuhan, aku akan sentiasa menyesatkan anak Adam selagi mereka bernyawa.” Sabda Baginda SAW: Allah berfirman: “Aku akan sentiasa memaafkan mereka, selagi mereka memohon maaf dari Ku.” (Ahmad 3/29, bil: 11255. ‘Abd bin Humaid, hal: 290, bil: 932. Abu Ya’la 2/530, bil: 1399. Al-Hakim 4/290, bil: 7672. Kata al-Hakim: Sahih al-Isnad. Diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Awsat 8/333, bil: 8788. Dinilai Sahih oleh al-ALbani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 1/163)

Dari Abu Musa al-Asy’ariy RA, dari Nabi SAW yang bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا


Mafhumnya: “Seseungguhnya Allah AWJ membentang tangannya pada malam hari untuk menerima taubat hambaNya yang melakukan kesalahan pada siang hari, dan Dia membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat hambaNya yang melakukan kesalahan pada malam hari, sehinggalah matahari terbit dari sebelah Barat (hari Kiamat).” (Ahmad 4/395, bil: 19547. Muslim 4/2113, bil: 2759. Al-Daraqutni di dalam al-Sifat 1/20, bil: 18. ‘Abd bin Humaid, hal: 197, bil: 562. Al-Ruyani 1/364, bil: 556. Al-Baihaqi 8/136, bil: 16281)

Dari Abu Zarr RA, katanya: Aku pernah bertanya: Wahai Rasulullah, berikan pesanan kepadaku! Baginda berpesan:



إِذَا عَمِلْتَ سَيِّئَةً فَأَتْبِعْهَا حَسَنةً تَمْحُهَا" قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ أَمِنَ الْحَسَنَاتِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ؟ قَالَ: "هِيَ أَفْضَلُ الْحَسَنَاتِ".


Mafhumnya: “Apabila kamu melakukan satu kesalahan (dosa), maka turutilah kesalahan itu dengan melakukan kebaikan, ia akan menghapuskannya.” Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bukannkah termasuk dari kebaikan itu (Hasanah) ialah ucapan. لاإله إلا الله ?” Baginda menjawab: “Ia, merupakan seutama-utama kebaikan.” (Ahmad 5/169, bil: 21525. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 3/361)

Dari Abi Umamah RA, dari Rasulullah SAW yang bersabda:

إِنَّ صَاحِبَ الشِّمَالِ لِيَرْفَعُ الْقَلَمَ سِتَّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ الْمُسْلِمِ الْمُخْطِئِ أَوِ الْمُسِيءِ، فَإِنْ نَدِمَ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا، وَإِلا كُتِبَتْ وَاحِدَةً

Mafhumnya: “Sesungguhnya Malaikat pencatit dosa, menangguhkan catitan dosa yang dilakukan seseorang hamba muslim selama enam ketika, jika dia menyesal, dan beristighfar kepada Allah dari dosa tersebut, malaikat tidak tidak mencatitnya, jika tidak akan dicatit sebagai satu dosa.” (al-Tabrani 8/185, bil: 7765. Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah 6/124. Al-Tabrani di dalam Musnad al-Syamiyin 1/301, bil: 526. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 5/391, bil: 7051. Al-Wahidiy di dalam Tafsirnya 4/85/1. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah 3/210)


Friday, December 21, 2012

Bersabarlah


قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً؟ قَالَ : الأنْبِيَاءُ ثُمَّ الأمْثَلُ فَالأمْثَلُ . يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْباً اِشْتَدَّ بَلاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً اُبْتُلِىَ عَلَى قَدَرِ دِيْنِهِ فَمَا يَبْرَحُ البَلاءُ بِالعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأرْضِ وَمَاعَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ


Maksudnya : Aku bertanya : wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya? Sabdanya : Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bersabarlah dengan ujian yang Allah turunkan kepada kita. Itulah kifarah yang perlu kita hadapi atas sebab dosa2 kita yang lalu. Sesungguhnya semakin berat ujian, semakin dekat kita dengan Allah. Dan setiap ujian pasti ada ganjarannya. Redha kita terhadap ujian nescaya Allah akan semakin mengasihi kita. In Sya Allah.....



Monday, December 17, 2012

ZikruLLAH Sumber Kekuatan Jihad; Kisah Perang Pejuang Sufi Chechnya - Aslan Maskadov


Aslan Maskadov

(Petikan temuramah Majalah 'The Muslim'* dengan Aslan Mashkadov, Presiden Chechen yang disiarkan pada tahun 1999. Tajuk artikel ini ialah "Zikrullah, Sumber Kekuatan Jihad)".

Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000 orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"

Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."

Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada kami di Chechya, Daghestan, Russia dan Tataristan serta negara-negara di sini melalui kaum sufi. Dan Islam telah terpelihara semasa zaman Komunis dari generasi ke generasi dalam masa yang panjang adalah kerana Tasawuf. Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam. Kami ini kaum Qadiri dan Naqshabandi di Chechya. 

 Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan mengalunkan Qasidah Burdah Al-Bushiri. Kami mengalunkannya dalam satu suara, dengan KUAT – kamu akan mendengarnya sebagai satu suara, kemudian kami akan berselawat kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini."

  ...* ketika saya di Cyprus Turki dahulu, saya sempat berkawan dengan seorang sahabat bekas pejuang Chechnya yang merupakan pengikut Qadiri dan Naqshbandi dan menyatakan bahawa perang yang awal dahulu memang merupakan perang jihad yang suci dan disertai semua murideen turuq di sana... Kemudian meletusnya perang yang dipropaganda pengikut Wahhabi Ekstremis kemudiannya yang tidak disertai mereka kerana kurang keberkatannya... " 

WALLAHU A"LAM...

Credit to Ustaz Amir Azmi.

Saturday, December 15, 2012

TIPS Mengurangkan Resedung

http://gtb65.blogspot.com/

Resdung, selalunya disebabkan oleh alahan pada makanan dan habuk. Alahan menyebabkanbengkak di kawasan mukosa dan saluran pernafasan. Oleh itu, saluran nafas menjadi bengkak lalu menjadi sempit. Maka pernafasan terganggu. Apabila terlalu banyak bersin, mungkin berlaku luka. Dari situ, kadang-kadang berlaku nanah jika luka baik lambat. Dari sini, boleh berlaku bau busuk.


Langkah 1 : Basuh dalam hidung terlebih dahulu apabila bangun tidur, bila sampai rumah dan sebelum tidur.

Langkah 2 : Makan minyak ikan yang ada dijual di pasaran dalam bentuk gel. Omega 3 dalam minyak ikan membantu badan kita menentang bengkak di saluran pernafasan, darah dan kawasan mucus. Ia juga membantu jantung menyampaikan darah. Makan minyak ikan 2 atau 3 kali sehari. Pada waktu pagi, petang dan malam. Sistem badan kita tidak dapat menjana Omega 3 dengan sendiri. Ia perlu dengan cara pemakanan.

Langkah 3 : Hentikan memakan DAGING LEMBU. Daging lembu biasanya berasal dari jenis FEED LOT, nescaya terlalu banyak OMEGA 6, iaitu penyebab utama berlakunya pembengkakan di dalam saluran darah, pernafasan dan mukosa. Badan kita boleh menjana Omega 6 dengan sendirinya, apabila perlu. Bila kita makan daging lembu, badan kiat sendiri yang merana kerana terlebih-lebih.

Langkah 4 : Hentikan memakan makanan yang bergoreng dari tepi jalan dan gerai. Minyak yang mereka gunakan telah digunakan berkali-kali. Ataupun mereka menggunakan minyak recycle yang murah. Minyak tersebut mempunyai hexane, iaitu salahsatu penyebab bengkak dalam saluran darah, saluran penafasan dan kawasan mukosa.

Langkah 5 : Makan buah betik merah sekurang-kurangnya 2 ulas tengahari dan 1 ulas malam kerana ia mempunyai segala jenis vitamin, enzim tabii dan mineral yang memperkukuhkan kesihatan dan memperkuatkan pertahanan dari serangan kuman. Maka tidak perlu membazir wang membeli supplement dari Farmasi.

Langkah 6 : Perbaiki cara pemakanan dengan memakan buah, sayur dan roti berserat. Mulakan dengan memakan serat terlebih dahulu sebelum memakan nasi dan lauk. Ia membantu digestion dalam perut, nescaya zat, vitamin dan mineral lebih mudah sampai ke semua bahagian badan. Maka badan lebih sihat dan pertahanan kuat.

Langkah 7 : Amalkan pemakanan sihat dan jauhi dari dadah ....

Semoga kita semua menjadi lebih sihat dan lebih bahagia dengan izin Allah.

Keutamaan Ayat Kursi

http://gtb65.blogspot.com/

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.


1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi
dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Friday, December 14, 2012

HUBUNGAN HAMBA DENGAN TUHAN (ALLAH TAALA)




Assalamu’alaikum wwt. 

Salam sejahtera buat pembaca yang dihormati sekalian.

Sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini, kita perlulah mengenal-Nya dengan pengenalan yang betul sebagaimana yang dituntut oleha agama Islam yang suci. Ada banyak kaedah untuk kita mengenal Allah yang Esa. Kita boleh belajar Tauhid tentang sifat-sifat Allah yang wajib, mustahil dan harus (melalui pelajaran sifat 20) atau kita belajar menerusi jalan Mengenal Diri yang membawa kita mengenal Allah (jalan tasauf) dan sebagainya.

Sekiranya Allah menghendaki kebaikan bagi diri kita , maka akan didorongnya kita belajar dan mengerti akan agama Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad saw. Sebaliknya jika kita jauh daripada agama, maka cepat-cepatlah belajar sebelum terlambat.

Tulisan pada kali ini mengajak kita merenung sejenak hubungan kita dengan Tuhan iaitu Allah Taala. Bagaimanakah pemahaman kita akan perhubungan hamba dengan Tuhan ini?

Saya bawakan penerangan tersebut melalui kaedah soal jawab dengan merujuk kitab Kasyfu Al-Asrar (Pembukaan Segala Rahsia) karangan Asy-Syeikh Muhammad Shaleh bin Abdullah Mengkabauw.

Soal : Dan mana misal (perumpamaan) hamba dengan Tuhan, mana misal Tuhan dengan hamba, beri ilmunya supaya tahu?

Jawab : Bermula misal hamba dengan Tuhan dan misal Tuhan dengan hamba, iaitu:


  1. Misal matahari dengan cahayanya, tiada sekutu, tiada bercerai cahaya itu dengan zat matahari, bukan cahaya itu matahari, bukan lain daripada matahari.
  2. Dan lagi misalnya, seperti api dengan asap. Adapun asap itu menunjukkan ada api dan bukan asap itu api tiada lain daripada api, tiada bercerai tiada sekutu. 
  3. Seperti misal ini, hamba dengan Tuhan, tiada bercerai tiada sekutu.maka tatkala itu hairan akal dan sangat ajaib, betapakah berhimpun keduanya. Inilah isyarat sabda Nabi saw .( maksudnya) “ Tiada bercerai antara nafi dengan isbat dan sesiapa ceraikan, orang itu kafir” 

Soal : Dan manakah rupanya yang tiada bercerai tiada sekutu, beri kami hukumnya?

Jawab : Dan adapun rupanya tiada bercerai itu, iaitu:


  1. Kuasa engkau itu, kuasa Allah Taala 
  2. Bergerak engkau itu, digerakkan oleh Allah Taala 
  3. Dan ikhtiar engkau itu, ikhtiar Allah Taala 

Dan erti tiada sekutu itu, iaitu tiada sekali-kali engkau berkuasa sertanya seberat zarah jua, hanya semata-mata kuasanya Allah Taala. Sabda Nabi saw: (maksudnya): “Tiada bergerak suatu zarah jua melainkan dengan Allah, yakni dikehendaki oleh Allah”

Inilah ertinya nafi mengandung isbat, dan isbat mengandung nafi,

Tiada bercerai, Tiada sekutu. 

Cara Selamat Makan Mi Segera Dari Pakar Permakanan

http://gtb65.blogspot.com/



Mi segera adalah makanan yang paling ringkas untuk dimakan. Ia mudah dan praktikal. Namun harus diingat akan bahayanya. Sebagai contoh, endapan bahan pewarna dalam mi segera amat berbahaya kepada tubuh.
Menurut pakar pemakanan, Afrinia Ekasari, mi segera diperbuat daripada bahan asas termasuk tepung gandum, telur, air dan mineral, perencah serta minyak sayur. Ia mengandungi vitamin namun kadarnya begitu kecil berbanding jumlah yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak.

Mi segera mengandungi beberapa ramuan berbahaya iaitu bahan pengawet dan pewarna yang tidak dapat diuraikan justeru tidak dapat disingkirkan daripada tubuh. Jika bahan-bahan itu terlalu kerap dimakan, ia akan terkumpul di dalam tubuh dan menjadi bahan yang bersifat karsinogen atau mampu merosakkan.

"Bagi memenuhi keperluan nutrien atau zat makanan, seelok-eloknya tambahlah sayur-sayuran dan protein haiwan seperti telur, ayam, udang ke dalam mi segera," ujar wanita Afrina lagi. Namun beliau tetap menyarankan agar jangan terlalu kerap makan mi segera.

Sementara itu pakar pemakanan dari Universiti Hasanuddin, Andi Imam Arundhana menjelaskan bahawa mengikut prinsip diet seimbang, apa yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mempunyai nilai pemakanan.

"Bukan hanya karbohidrat, makanan juga harus mengandungi lemak, protein dan vitamin. Tidak cukup dengan kenyang saja," katanya.

Jelas Andi, hidangan sarapan perlulah mengandungi lebih kurang 15-25 peratus daripada keperluan zat makanan. Manakala mi segera hanya memenuhi kira-kira 16 peratus daripada keperluan karbohidrat dan lemak (seseorang lelaki memerlukan 2,000 kcal).

Menurut Andi lagi, bahan pengawet dalam mi segera memang boleh disingkirkan, tetapi amat sukar. "Melalui sistem perembesan manusia, bahan itu hanya dapat disingkirkan sekurang-kurangnya empat hari selepas ia dimakan," ujarnya.

Maka jika terpaksa makan mi segera, pastikan kekerapan memakannya adalah sekurang-kurangnya empat hingga lima hari sekali. “Contohnya, jika hari ini kita sudah makan mi segera, empat hingga lima hari kemudian barulah kita bole makan mi segera lagi," jelasnya.

Dalam pada itu Andi dan Afrinia bersependapat tentang cara betul memasak mi segera serta keperluan menambah bahan makanan lain ke dalam mi segera, demi kesihatan. Kedua-duanya mengesyorkan agar apabila memasak mi segera, air rebusan pertamanya hendaklah dibuang. Langkah itu perlu bagi membuang bahan pengawetnya.

"Setelah bahan pengawetnya disingkirkan, barulah mi segera dimasukkan ke dalam air mendidih yang baru," jelas Andi.

Satu lagi cara ialah dengan tidak menggunakan perencah yang disertakan bersama mi segera. "Kita boleh mengolah perencahnya sendiri seperti ketika memasak," kata Andi. Jika tidak pun, kurangkanlah penggunaan perencah mi segera. Ini juga bagi mengurangkan kadar bahan pengawet yang masuk ke tubuh kita.

"Apabila rasanya sudah cukup, sisa perencah itu boleh dibuang saja. Jika ingin lebih masin, adalah lebih baik diganti dengan garam," katanya. Tambah beliau, cara-cara itu tadi boleh dilakukan sekiranya kita memang tidak dapat mengelak daripada makan mi segera.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah ketika membeli mi segera. Jelas Afrinia, selain tarikh luput, kandungan dan logo halal, pastikan juga bungkusan mi tidak rosak atau koyak. Jika bungkusan rosak atau koyak, pelbagai macam serangga dapat masuk lantas mencemari mi segera itu.