Tuesday, October 23, 2012

KISAH IBLIS DAN SHAIKH ABDUL QADIR AL JILANI


Shaikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan kisah ini daripada Shaikh dengan berkata :

Aku mendengar sayyidi kami, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :




“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghada siang dan malam. Jinn suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka akan menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyaqinan dalam hati yang luar kemampuan untuk di nyatakan dengan kata2. Aku mendengar suatu suara berkata jauh didalam batinku, “Ya, Abdul Qadir ; Bangun dan serang mereka (jinn) itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang mereka (jin2) itu, mereka akn lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”“Kemudian seekor jin akan datang bersendirian dan berkata: Pergi dari sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu. Dia memberi amaran dan cuba menakut2kan aku, tetapi aku menampar dia, lalu aku membaca : Tiada daya upaya melainkan Allah….kemudian aku melihat dia terbakarSatu ketika lain, aku di datangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata : “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku dan engkau telah binasakan semua usaha kucu2 aku. Aku berkata kepada Iblis, “Nyah engkau dari sini kerana aku tak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala dia….menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.Kemudian Iblis datang kepadaku kali ke2, cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!Kali ke3 aku melihat dia, dia sedang duduk agak jauh dariku, mengesat airmata dia dan menyapu debu atas kepala dia. Iblis berkata : Aku telah putus asa dengan engkau ya Abdul Qadir! Aku memberi amaran keras kepada dia, “Pergi engkau dari sini wahai engkau yang dilaknat Allah.”


Ditempat lain ada juga dikisahkan setelah berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang Sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Shaikh seraya berkata:

“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”

Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. 

Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, 

“Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”

Shaikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”.Maka aku tahu tentu engkau Iblis.

Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”

Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.

No comments:

Post a Comment