Tuesday, October 23, 2012

KISAH IBLIS DAN SHAIKH ABDUL QADIR AL JILANI


Shaikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan kisah ini daripada Shaikh dengan berkata :

Aku mendengar sayyidi kami, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :




“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghada siang dan malam. Jinn suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka akan menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyaqinan dalam hati yang luar kemampuan untuk di nyatakan dengan kata2. Aku mendengar suatu suara berkata jauh didalam batinku, “Ya, Abdul Qadir ; Bangun dan serang mereka (jinn) itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang mereka (jin2) itu, mereka akn lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”“Kemudian seekor jin akan datang bersendirian dan berkata: Pergi dari sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu. Dia memberi amaran dan cuba menakut2kan aku, tetapi aku menampar dia, lalu aku membaca : Tiada daya upaya melainkan Allah….kemudian aku melihat dia terbakarSatu ketika lain, aku di datangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata : “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku dan engkau telah binasakan semua usaha kucu2 aku. Aku berkata kepada Iblis, “Nyah engkau dari sini kerana aku tak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala dia….menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.Kemudian Iblis datang kepadaku kali ke2, cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!Kali ke3 aku melihat dia, dia sedang duduk agak jauh dariku, mengesat airmata dia dan menyapu debu atas kepala dia. Iblis berkata : Aku telah putus asa dengan engkau ya Abdul Qadir! Aku memberi amaran keras kepada dia, “Pergi engkau dari sini wahai engkau yang dilaknat Allah.”


Ditempat lain ada juga dikisahkan setelah berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang Sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Shaikh seraya berkata:

“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”

Maka segera Sheikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat” .. 

Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, 

“Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”

Shaikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”.Maka aku tahu tentu engkau Iblis.

Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”

Sheikh menjawab kembali, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”.. Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.

BEZA ILMU HAQ dan ILMU KHADAM


Didunia ini, ramai dapat kita lihat orang yang mempunyai kelebihan2 yr luar biasa. Selalunya kelebihan2 tersebut berpunca dari amalan2 tertentu yg mereka amalkan utk sekian lama. Kelebihan2 ini termasuklah KEBAL, TAK LUT DITETAK parang tajam, pandai mengubat penyakit, BOLEH GHAIB, boleh JALAN ATAS AIR, boleh TERBANG diudara, boleh HIDUP DALAM AIR, boleh HIDUP DALAM TANAH, BOLEH NAMPAK benda2 yg lazimnya tidak boleh dilihat dgn mata kasar, boleh tahu org yg datang kerumah walaupun org itu belum sampai, dan bermacam2 perkara2 pelik yg MENCARIK ADAT.

Umumnya, perkara ini boleh berasal dari 2 sumber.

1. ILMU SIHIR YANG DIAJAR SYAITAN

Ilmu yang menggunakan mentera yang tidak masuk akal....

contohnya: "bla bla bla doa tangkap picit malaikat maut
dan bla bla bla bla......


2. DARI SUMBER YG HAK DAN BENAR.

Menggunakan semata-mata ayat Al Quran sebagai amalan dan tidak melanggar syariat Islam.
"Tentang sihir, jelas kedudukannya adalah HARAM. Sihir itu bersyarikat atau bersekutu dgn syaitan. Ia tersimpang jauh dari kebenaran. NATIJAH dari sihir hanyalah KESESATAN, KEROSAKAN, KEMUSNAHAN dan PENDERITAAN BAGI UMAT MANUSIA."

(sumber Wasiat 4 Imam ~ Imam Bukhari)

Monday, October 22, 2012

Dimanakah tahap sembahyang kita?


Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.



Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.




Wallahualam bissawab.

Perjalanan mencari yang haq (perlu baca)

Ada dua jalan yang ditempuh orang dalam mencari yang haq dengan masing-masing dalilnya :

    Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu

    Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya. (Dalil ini yang sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi, teolog)


    Man `arafa rabbahu faqad `arafa nafsahu

    Barang siapa yang kenal Tuhannya pasti dia akan kenal dirinya.


Pada jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana …iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau ada yang berkuasa dibalik alam ini, ... mustahil alam ini ada begitu saja … dan alam merupakan jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah inilah orang akhirnya menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.

Sebagian meditator atau ahli sufi menggunakan pendekatan falsafah ini dalam mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal diri dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh membezakan dari mana ilham itu muncul, ... apakah dari fikirannya, dari perasaannya, atau dari luar dirinya…

Akan tetapi penggunaan jalur seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat, kerana pada tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak pada 'keghaiban' yang dia lihat dalam perjalanannya, ... yang kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan berhenti sampai disini, kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya …. Kerana disana dia boleh melihat fenomena / keajaiban alam-alam dan mampu melihat dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam ini … akhirnya mudah muncul 'keakuannya' bahawa dirinyalah yang paling hebat …akan tetapi jika dia kuat terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya…..

Teori yang dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya (melalui ciptaan / alam), ... ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara ringkik kuda dan akhirnya di temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang sebenarnya ….Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari Tuhan, ... kerana terlalu lama di dalam mengideantifikasi alam-alam yang akan di laluinya ….

Dalil yang ke dua : adalah melangkah kepada yang paling dekat dari dirinya …iaitu Yang Maha Dekat, ... langkah ini yang paling cepat di tempuh dibanding dalil pertama… Kerana dalil pertama banyak dipengaruhi oleh para filosofi pada zaman pertengahan dalam hal ini falsafah Yunani. Teologi Kristian dan Hindu telah banyak mempengaruhi falsafah ini. sehingga Al Ghazali pantas mengkritik kaum filosofi dengan menulis kitab tentang tidak setujunya dengan idea falsafah masa itu iaitu Tahafut Al Falasifah / kerancuan falsafah ….

Alghazali membantah pemikiran yang dimulai dengan rangkaian berfikir terbalik, ... beliau mengajukan gagasan bahawa umat Islam harus memulakan pemikirannya dari sumber pangkal ilmu pengetahuan iaitu Tuhan, bukan dimulai dari luar yang tidak boleh dipertanggung jawabkan kebenarannya, ertinya sangat berbahaya kerana di dalam falsafah memulakan berfikirnya dari tahap yang benar menuju zat dibalik semuanya berasal. Sedangkan di dalam Islam menunjukkan keadaan Tuhan serta jalan yang akan di tempuh sudah di tulis dalam Alqur'an agar umat manusia tidak tersesat oleh rekaan-rekaan fikiran yang belum tentu kebenarannya…

Pencarian kita telah di tulis dalam Alqur'an dan Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah …tidak menunjukkan alam-alam yang mengakibatkan menjadi rancu dan bingung … kerana alam-alam itu sangat banyak dan kemungkinan menyesatkan kita amat besar…

Mari kita perhatikan cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS. Al Baqarah: 186)

    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." (QS. Al Qaaf: 16)

Ayat-ayat diatas, mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita diajak untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. Alqur'an mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh sisi pandangan manusia sesempurnanya. Saat pertanyaan itu terlontar, dimanakah Allah ? Maka Allah menjawab: Aku ini dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat leher kalian .Atau dimana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu ….

Sebenarnya tidak ada alasan bagi kita jika dalam mencari Tuhan melalui tahap terbalik…

Pada tahap pertama beliau nampak alam dan segala kejadian adalah satu bersama Allah. Dan pada tahap kedua nampak alam sebagai bayangan Allah; dan pada tahap ke tiga beliau nampak Allah adalah berasingan dari pada segala sesuatu di alam ini. Kalau hal ini hanya sebatas penjelasan terstruktur kepada muridnya, saya anggap hal ini tidak menjadi persoalan, ... akan tetapi jika tahap-tahap ini merupakan metologi dalam mencari Tuhan, ... saya kira ini berbahaya, kerana yang akan berjalan adalah fikirannya atau otaknya, … yang akhirnya timbul khayalan atau khayalan.

Di dalam Islam memulakannya dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu iaitu dengan zikrullah (mengingat Allah), ... kemudian kita di perintah langsung mendekati-Nya, kerana Allah sudah sangat dekat..tidak perlu anda mencari jauh-jauh melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan ..alam itu sangat banyak dan bertingkat-tingkat. Tidak perlu kita memikirkannya…cukupkan jiwa ini mendekat secara langsung kepada Allah … kerana orang yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam disana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah ciptaan-Nya !!

Akan tetapi jika anda memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, maka secara automatik anda akan diperlihatkan / dipersaksikan kepada kerajaan Tuhan yang amat luas. Maka saya setuju dengan dalil yang kedua, barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya. Sebab kalau kita kenal dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan alam-alam dibawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya…kerana Dia meliputi segala sesuatu …kerana Dia ada dimana saja kita ada, ... dan Dia sangat dekat.

Betapa rumitnya perjalanan yang dilalui oleh pencari, seperti apa yang yang saya tulis pada bab Membuka hijab….dan bagi yang tidak kenal Alqur'an akan mudah sekali berhenti dan tersesat kepada alam-alam itu …kerana ilham itu amat banyak yang muncul dari segala suara alam-alam tersebut (tolong anda baca tahap spiritual yang di tulis pada bab Membuka hijab, kerana akan membantu penjelasan saya ini )

Kesimpulan :

Islam mengajarkan didalam mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan dalil barang siapa kenal Tuhannya maka dia akan kenal dirinya … hal ini telah ditunjukkan oleh Allah bahawa Allah itu sangat dekat, ... atau dengan dalil …barang siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami... (QS: Al ankabut: 69 )

"Wahai orang-orang yang beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu furqan (pembeza)." (QS : Al Anfaal: 29)

Ayat-ayat ini membuktikan di dalam mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan oleh kaum falsafah atau ahli spiritual di luar Islam, ... kerana mereka di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap alam-alam … Islam di dalam menemuhi Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam selain Allah dengan konsep laa ilaha illallah … laa syai'un illallah … laa haula wala quwwata illa billah … tidak ada Tuhan kecuali Allah … tidak ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah, ... tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah semata ….maka berjalanlah atau melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu bukan melangkah dari yang paling jauh dari diri kita ….

Demikian mudah-mudahan Allah membukakan hati kita

Friday, October 19, 2012

Selawat


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

.
‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).
.
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.

Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.
a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”
b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
.
.

Keutamaan dan Kebesaran Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
.
.

Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1.  Mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
 .
.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).
Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.
.
.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.
1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda“Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:
  1. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
  2. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
  3. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda“Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”
.
.

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
.
.
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
.
.

Jenis-Jenis Selawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1)     Selawat Ibrahimiyah.
2)     Selawat Tafrijiyah.
3)     Selawat Munjiyah
4)     Selawat Ummi
5)     Selawat Fatih
6)     Selawat Syifa’.
7)     Selawat Syafaat.
8)     Selawat Badriyah
9)     Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.

Bencana Tidak Berselawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
  1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
  2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
  3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  7. Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.

Waktu Afdal Berselawat

Masa paling afdal dituntut berselawat
  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
.
.

Fadilat Berselawat

  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginyadosa selama 80 tahun.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
  1. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
 .
  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
.
.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

  1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  5. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  8. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Wallahu A’alam Bissowab

Sejarah Asal Ayat Seribu Dinar




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ





Di zaman sahabat, dikisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya bahawa seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata; “Beramallah dengan hartamusebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran dan meminta-minta.” Disebabkan mimpi itu datang berulang-ulang, maka dilaksanakan apa yang dimimpikannya itu iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.

Pada suatu malam, dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi kepadanya dan mengajarkan beberapa kalimat ayat-ayat Al-Quran (Ayat Seribu Dinar) lalu dianjurkan agar dibaca dan diamalkan setiap pagi dan petang. Maka Allah akan melepaskan daripada bahaya yang akan menimpa diri.

Setelah hartawan itu bangun daripada tidurnya, ia memikirkan dengan penuh perhatian apa yang dialami dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu. Maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat-kalimat itu adalah ayat Quran yang tidak diragukan lagi kebaikannya.

Tidak lama kemudian, hartawan tersebut berada dalam suatu pelayaran dengan menumpang sebuah kapal layar. Ia membawa barang dagangannya. Setelah kapal itu berada di tengah-tengah samudera yang luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga menyebabkan laut menjadi bergelora. Kapal layar itu terumbang-ambing mengikut pergerakan air laut yang bergelombang besar, menyebabkan kesemua penumpang menjadi cemas dan ketakutan.


Hari mulai malam dan hujan turun dengan lebat sekali. Tetapi si hartawan tetap tenang dan mengharapkan pertolongan Allah SWT sambil membaca ‘ayat-ayat 1000 Dinar’ yang diberi dalam mimpinya itu:

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا﴿٢ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّـهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا ﴿٣


“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
Nakhoda dan anak kapal berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan semakin meruncing dan bertambah dahsyat pukulan geloranya. Akhirnya kapal layar itu terhempas pada sebuah batu karang yang besar hingga menyebabkan bahtera tersebut pecah.

Walau bagaimanapun, sihartawan telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan bersama-sama kesemua harta barangan dagangannya.

Demikianlah khasiat ayat yang diterimanya dalam mimpi, dan oleh sebab dia beramal dengan bermodalkan 1000 (seribu) Dinar, lalu ayat-ayat itu disebut ‘Ayat Seribu Dinar’.


.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Artikel Berkaitan:
Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar (Klik Di Sini)

Cara Dan Doa-Doa Wuduk




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.


Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.” (Hadis Riwayat Ahmad)


.1. Mulakan dengan bacaan Bismillah beserta bacaan doanya:





Serulah Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: “Bismillah” (perlahan atau kuat).


Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)


2. Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:





Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


3. Berkumur-kumur dan membaca:





Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.”(Riwayat Al-Baihaqi)


4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):


a. Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;


.


b. Mengeluarkan air dari hidung, membaca:





Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


.

Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)


5. Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.


a. Niatnya:





.


b. Seiring itu disunatkan juga membaca:





.


c. Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.





Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)


.

Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)
6. Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:


a. Ketika membasuh tangan kanan:





.
b. Ketika membasuh tangan kiri:





Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)
7. Menyapu air ke sebahagian kepala sambil membaca:





“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)
8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:





Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW:“Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)
9. Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.


a. Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:


.


b. Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:





Ibn Umar r.a. berkata; Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)


Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).
10. Doa Wuduk. 


Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:


.


Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki.” (Hadis Riwayat Muslim).